rain cloud | awan hujan | Geografi | Tiada | Awan yang akan menghasilkan hujan. |
scud | scud | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Awan rendah cobak-cabik, selalunya fraktus stratus; yang biasanya kelihatan apabila awan ini bergerak pantas dalam angin kencang di bawah lapisan awan hujan nimbostratus. |
coalescence process | proses percantuman | Sains | Hidrometeorologi | Perkembangan titisan hujan melalui perlanggaran dan percantuman titisan awan dan/atau zarah kerpasan kecil. Dalam keadaan sederhana kadar perkembangan titisan hujan melalui proses percantuman, iaitu kira-kira dua puluh minit, menukarkan titisan awan kepada hujan dalam awan olakan. Keadaan yang menggalakkan termasuk halaju angin meninggi yang kuat, kandungan air cecair yang banyak, dan spektrum saiz titisan awan sekurang-kurangnya mengandungi sederhana banyak titisan awan yang besar. Titisan awan besar ini mempunyai halaju jatuh yang cukup berbeza daripada titisan sekitarnya sehingga boleh memulakan proses keluar cepat dari titisan-titisan kecil. |
cloud | awan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Agregat titis air yang sangat kecil, hablur ais, atau campuran kedua-duanya dengan dasarnya terletak di ruang atas permukaan bumi. Diameter cecair atau zarah awan lazimnya lebih kurang 200 xxxx m; titisan yang lebih besar jatuh sebagai gerimis atau hujan. Awan selalunya berada di dalam ruang troposfera, kecuali sesetengah jenis awan yang luar biasa (nakreus dan noklitulen) dan awan sirus yang sering terbentuk dibahagian bawah stratosfera. Awan terbentuk terutamanya hasil daripada gerakan udara menegak seperti dalam olakan, atau dalam penaikan orografi, atau dalam gerakan menegak skala besar yang berkaitan dengan lekukan dan perenggan. Awan mungkin juga terbentuk dalam keadaan kadar tukaran suhu dan kelengasan yang sesuai, juga daripada golakan aras rendah atau daripada sebab-sebab kecil lain. Zarah awan, pada suhu di bawah daripada 0�C hingga -10�C pada awan berlapis dan sehingga - 25�C pada awan berolak, kerapkali terdiri keseluruhannya daripada titis air adisejuk. pada suhu di bawah had ini sehingga - |
cloud | awan | Sains | Hidrometeorologi | Agregat titis air yang sangat kecil, hablur ais, atau campuran kedua-duanya dengan dasarnya terletak atas dari permukaan bumi. Diameter yang menentukan cecair atau zarah ialah lebih kurang 200 mm; titisan yang lebih besar tergolong kepada gerimis atau hujan. Awan selalunya terhad kepada troposfera, kecuali sesetengah jenis awan yang luar biasa (nakreus dan noktilusen) dan awan sierus yang sering terjadi di bahagian bawah stratosfera. Awan terbentuk terutamanya hasil daripada gerakan udara menegak seperti dalam olakan, atau dalam naikan paksa mencuar tanah tinggi, atau dalam gerakan menegak skala besar yang berkaitan dengan lekukan dan perenggan. Awan mungkin terhasil, dalam keadaan kadar tukaran suhu dan kelembapan yang sesuai, daripada golakan aras rendah atau daripada sebab-sebab kecil lain. Zarah awan, pada suhu bahawah daripada 0�C sehingga �10�C pada awan berlapis dan sehingga �25�C pada awan berolak kerap kali terdiri keseluruhannya daripada titis air adisejuk. Pada suhu bawah daripada had i |
cloud seeding | pembenihan awan | Aeroangkasa | Tiada | Proses menabur partikel kimia ke dalam awan untuk menghasilkan hujan.,Proses menabur partikel kimia ke dalam awan untuk menghasilkan hujan. |
cloud seeding | pembenihan awan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pengubahsuaian yang dilakukan kepada proses fizikal yang berlaku di dalam awan dnegan menyuntik awan itu dengan agen pembenihan seperti ais kering (karbon dioksida pepejal) pada suhu yang sangat rendah untuk menjanakan penyejukan, biasanya ke tahap di bawah -40�C dan pembekuan spontan; argentum iodida untuk bertindak sebagai nukleus ais; nukleus garam higroskopik atau suatu semburan titisan halus air untuk merangsang pencantuman. Penyuntikan agen pembenihan ke dalam awan dilakukan dari pesawat terbang, belon atau roket. Umumnya, tujuan pembenihan awan adalah untuk menjanakan kerpasan, melesapkan awan atau kabut, dan merencat hujan batu. |
shower | hujan curah | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Hujan yang selalunya sekejap tetapi lebat dan turun dari awan olakan. titisan zarah pepejal dalam hujan curah biasanya lebih besar daripada unsur-unsur yang sama dalam kerpasan jenis lain. Hujan curah dicirikan oleh permulaan dan pemberhentian yang mengejut, selalunya dengan perubahan kelebatan yang besar dan mendadak, dan yang paling sering ialah perubahan rupa langit; iaitu perubahan daripada awan hitam kumulonimbus kepada langit cerah dalam tempoh yang singkat. |
shower see also storm | hujan mencurah lihat juga ribut | Hidrologi | Tiada | Kerpasan yang biasanya turun lebat dan sekejap, terjadi dari awan perolakan. Hujan mencurah dicirikan oleh permulaan dan akhiran yang serta-merta dan umumnya oleh perubahan kelebatan yang besar dan cepat. (WMO) |
nimbus | nimbus | Sains | Hidrometeorologi | Awan yang boleh menghasilkan hujan. Istilah ini tidak lagi diiktiraf dalam pengelasan awan antarabangsa. |