kawi | kawi | Kesusasteraan | Puisi | Penyair atau pujangga yang terkenal. Dalam kesusasteraan Melayu, Usman Awang menrupakan seorang kawi puisi. Sinonim penyair. |
diffusion | resapan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir. |
dialect | dialek | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk bahasa atau diksi menurut kesesuaian pengguna bagi sesuatu tempat. Contohnya, penggunaan dialek Kelantan dalam puisi "Awang Gedebe" karya A. Aziz Deraman. |
pseudonym | nama samaran | Kesusasteraan | Puisi | Nama pengarang yang terdapat pada sesebuah puisi yang bukan nama sebenarnya. Contohnya,Tongkat Warrant bagi Usman Awang. |
declarnator | pendeklamasi | Kesusasteraan | Puisi | Orang yang membaca atau mendeklamasikan sesebuah puisi di hadapan khalayak. Contohnya, sasterawan negara yang terkenal iaitu Usman Awang dan A. Samad Said. |
epistolary poem | puisi epistolari | Kesusasteraan | Tiada | Puisi berbentuk surat yang menyatakan falsafah, cinta dan perjuangan. Contoh: Sajak �Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar� karya Usman Awang (1983) |
lament | rintihan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi ratapan yang mengandungi isi dan persoalan yang diungkapkan oleh penyairnya mengandungi unsur sedih, pilu atau murung. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda. Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi. |
parataxis | parataksis | Kesusasteraan | Puisi | Proses penciptaan atau pembinaan frasa dan kalimat secara bersebelahan tanpa menggunakan kata hubung untuk menimbulkan kesan ketegasan dan kepadatan. Contohnya, puisi "Perpustakaan" karya Usman Awang. Perpustakaan tercinta ini, pelabuhan kebudayaan peradaban zaman, gedung akal laut bicara manusia, mutiara pendeta tasik pujangga, kota kebenaran penaung kebebasan ucap suara |
adaptation | saduran | Kesusasteraan | Puisi | Pengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi. |
problem play | drama masalah | Kesusasteraan | Tiada | Drama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan. |