Sejenis seni penceritaan rakyat Kampung Pokok Sena, Cuping, Perlis. Seorang penglipur lara yang diberi gelaran Awang Batil menyampaikan cerita rakyat dengan iringan paluan sebuah batil, iaitu sejenis mangkuk. Awang Batil juga memakai topeng semasa memainkan watak tertentu. Persembahan ini juga dinamai Awang Belanga kerana belanga digunakan sebagai alat muzik pada zaman dahulu.
Thanks for clicking. That felt good.