Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yah] | ايه

Definisi : (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua; berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semen­jak kecil lagi; ~ kpd menyebut (menganggap) ayah kpd; berayahkan mempunyai (seseorang yg di­nyata­kan) sbg ayah: ~ seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru; keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, keba­paan: sememangnya dia mempunyai naluri ~ yg cukup tajam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : amah, pengasuh (orang India). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yah] | ايه

Definisi : orang lelaki pasangan ibu; bapa: ~ bonda ibu bapa. berayah mempunyai ayah; berbapa. berayahkan mempunyai seseorang sbg ayah; berbapakan: Adli bangga ~ seorang anggota tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayah

Puisi
 

Zaman ayah mudik ke hulu,
     Hendak gunting bunga delima;
Zaman ayah menganyam nyiru,
     Angkit dua tindih lima.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ancestornenek moyang/leluhurKependudukanTiadaKeturunan baik dari sebelah ibu atau ayah.
ancestornenek moyang/leluhurMatematikTiadaKeturunan baik dari sebelah ibu atau ayah.
ancestornenek moyang/leluhurSosiologiTiadaKeturunan baik dari sebelah ibu atau ayah.
ancestornenek moyang/leluhurSejarahTiadaKeturunan baik dari sebelah ibu atau ayah.
paternalkebapaanSejarahTiada1. Sifat kebapaan atau keayahan yang mengambil berat terhadap sesuatu dengan penuh ketelitian.,2. Berkaitan dengan atau dari sebelah pihak ayah atau bapa.
paternalistic authorianismsikap wibawa paternalisSejarahTiadaFaham autoritarian yang bersifat kebapaan atau keayahan yang mempercayai bahawa kekuasaan atau kewibawaan pemerintah haruslah mempunyai ciri-ciri kepemimpinan sebagai ketua keluarga atau ayah yang mengambil berat semua isi keluarga atau rakyat sesebuah negara.
monolopylogueaneka perananKomunikasiKorporatKepelbagaian watak yang dimainkan oleh seorang pelakon sahaja. Kepelbagaian ini digambarkan melalui jenis dialog, intonasi, dan mimik muka. Contohnya, seorang pelakon memainkan peranan sebagai seorang anak, ayah, ibu, datuk, dan nenek dalam satu tempoh masa persembahan tanpa mengubah kostum. Kaedah ini boleh dilakukan dalam siaran iklan dan persembahan kempen perhubungan awam. Sekiranya kaedah ini digunakan dengan baik, kos penerbitan dan kos kempen dikurangkan.

Kembali ke atas