Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Anak undan terketik-ketik,
     Dikejar ayam patah kaki;
Kami sepantun telur itik,
     Kasih ayam maka menjadi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
egg-type breederayam telur pembiak bakaVeterinarTiadaTiada
cage layer fatiguelesu ayam telur bersangkarVeterinarTiadaTiada
mal mustaghallahharta produktifPerniagaan IslamTiadaHarta yang dapat menjana hasil, seperti sewaan atau tanah yang dapat diusahakan. Dalam industri pengangkutan, harta dalam bentuk kapal terbang, kapal laut, lori atau kereta api digunakan dengan meluas untuk menjana pelbagai hasil. Dalam industri penternakan seperti ayam telur, ayam ialah mal mustaghallah sedangkan telur yang dihasilkan menjadi produk perniagaan. Begitu juga dengan mesin perkilangan yang digunakan untuk menghasilkan produk perniagaan. Dari perspektif zakat, harta produktif tidak tertakluk pada zakat, manakala hasil yang dijana daripada harta produktif akan ditaksirkan zakat atas nilai baki pada akhir haul dan bukan berdasarkan jumlah hasil yang dijana. Banding mal ghair mustaghallah.
fertile eggtelur berbenihPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTelur yang telah disenyawakan dan boleh berkembang menjadi embrio. Contoh telur berbenih ialah telur ayam yang berusia tiga hari ke atas.
pidantelur asinPentadbiran PerniagaanTiadaTelur ayam atau itik yang diasinkan.
salted eggtelur asinPentadbiran PerniagaanTiadaTelur ayam atau itik yang diasinkan.
chinese eggtelur masinPentadbiran PerniagaanTiadaTelur ayam atau itik yang diasinkan.
layerayam penelurVeterinarTiadaAyam yang dipelihara untuk menghasilkan telur. Biasanya, seekor ayam penelur boleh menghasilkan jumlah telur sekurang-kurangnya 250 biji setahun. Pada umur 25-70 minggu, ayam ini diberi makanan khusus yang mengandungi 4% kalsium supaya dapat membentuk cangkerang telur yang sempurna.
poultry productproduk poltriMakanan dan PemakananMakananProduk makanan yang berasaskan daging dan telur daripada kumpulan ayam itik yang diternak. Poltri termasuk ayam, itik, angsa, ayam belanda, burung merpati, burung unta dan burung puyuh.
poultryayam itikPentadbiran PerniagaanTiadaBinatang ternakan untuk daging atau telur seperti ayam, itik, angsa dan sebagainya.
123

Kembali ke atas