Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.yu.nan] | ايونن

Definisi : 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.yu.nan] | ايونن

Definisi : 1 tempat duduk dll yg dpt diayunkan; buaian. 2 gerakan yg berayun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downward swingayunan ke bawahEkonomiTiadaKeadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan.
oscillatingayunanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPergerakan ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang.
contextual interferenceinterferens berkonteksSains SukanBiomekanikGangguan dalam prestasi dan pembelajaran kemahiran, kesan daripada perbuatan mempelajari satu perlakuan yang mempunyai hubungan dengan perlakuan lain dalam kelas yang sama. Contohnya, gangguan semasa mempelajari teknik ayunan golf yang baharu, setelah teknik ayunan yang berbeza daripada sebelumnya dikuasai oleh seseorang pemain.
plasmonplasmonNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKuantum ayunan plasma elektron. Plasma merupakan satu daripada empat keadaan jirim. Keadaan jirim yang lain ialah gas, cecair dan pepejal. Plasma bersifat konduksi, peka kepada medan elektrik dan magnet, serta digunakan sebagai sumber tenaga dan sinaran.
ballistic galvanometergalvanometer balistikKimiaKimia AnalisisGalvanometer yang mempunyai masa ayunan yang panjang, supaya pemesongannya boleh mengukur cas elektrik dalam denyuts arus, atau kamiran masa denyut voltan.
plasmonic characterizationpencirian plasmonikNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPencirian daripada tindak balas frekuensi optik ayunan medan elektromagnet dengan elektron bebas yang terdapat pada logam, menjadikannya bersifat seperti plasma.
coordinative structurestruktur selarasanSains SukanBiomekanikStruktur penyesuaian pergerakan yang berfungsi untuk mengurangkan darjah kebebasan pergerakan dengan mengehadkan atau mencirikan interaksi antara dua anggota yang berbeza. Contohnya, kelajuan ayunan tangan mengiringi kelajuan yang sama dengan langkah kaki.

Kembali ke atas