macang | macang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Mangifera spp., daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah lanjut, bacang, mangga, mempelam, pauh, dan rawa dan di Sabah ialah asam. Spesies utamanya termasuk Mangifera foetida, M longipetiolata, dan M. quadrifida. Gubal dan teras kayu kayu macang sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Kebanyakan pokok macang menghasilkan kor yang berjalur hitam dan coklat muda, dan biasanya berkilau. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 645 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lantai, dan papan lapis. Kornya yang berjalur digunakan dalam pembuatan perabot mewah, hiasan dalaman dan venir hirisan. |
horse mango tree (Mangifera foetida) | pokok bacang/pokok macang (Mangifera foetida) | Pertanian | Tiada | Tiada |