political group | kelompok politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bahagian penting yang memiliki kuasa dan penentu keputusan dalam sesuatu pemerintahan, pentadbiran atau organisasi. Badan politik ini memainkan peranan utama dalam merancang arah tuju atau kesinambungan organisasi tersebut seperti institusi legislatif dan eksekutif bagi sebuah pemerintahan demokrasi atau jawatankuasa tertinggi mahupun lembaga pengarah bagi sesuatu jabatan pentadbiran atau badan korporat. Contoh, Ahli Majlis Bandaran adalah merupakan badan politik yang tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan termpatan. |
Council of Ministers | Jemaah Menteri | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan pemerintahan, pembuat dasar tertinggi negara dan yang paling berkuasa untuk memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan dalam melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan anggotanya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet. Jemaah menteri dilantik daripada anggota Majlis Parlimen. |
duumvirate | perintahan berdua | Sejarah | Tiada | 1. Bentuk pemerintahan kerajaan Rom purba yang terdiri daripada dua duumvir yang menganggotai satu badan, majlis atau jawatankuasa untuk upacara tertentu.,2. Gabungan dua orang di peringkat tertinggi pentadbiran untuk menjalankan sesuatu tugas penting. |