state capitalism | kapitalisme negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara. |
transnational | transnasional | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang melampaui sempadan sesebuah negara. Keadaan tersebut berpunca atau terbentuk dari sebuah negara dan kemudiannya berkembang serta bertapak di negara lain. Lama-kelamaan keadaan tersebut boleh didapati di pelbagai negara. Keadaan itu juga melambangkan sifatnya yang sudah begitu mantap dan terkenal. Contohnya, pertubuhan multinasional seperti Kodak dan Sony yang merupakan badan perniagaan bersifat transnasional. |
corporate crime | jenayah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, penyelewengan wang, penyelewengan kuasa, pengelakan cukai dan rasuah. |
corporate corruption | rasuah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memberi atau menerima rasuah oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, pengurus syarikat yang menerima habuan daripada individu tertentu, bertujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
environmental conscious design standard | piawai reka bentuk peka alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Garis panduan yang dibangunkan oleh badan piawaian untuk reka bentuk peka alam sekitar yang merangkumi sektor perniagaan dan industri. |