perumpamaan | perumpamaan | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu bentuk susunan kata yang lazimnya pendek. Dalam susunan tersebut terdapat penggunaan perkataan tertentu iaitu bagai, seperti, umpama, laksana dan bak. Biasanya digunakan dalam konteks perbandingan kehidupan yang sama padan. Contohnya, bagai pinang dibelah dua. |
simile | perbandingan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili. |
broken rhyme | rima putus | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang dibentuk oleh penyair dengan memutuskan atau mematahkan sesuatu perkataan yang terletak di hujung baris sebuah puisi terutama puisi moden. Contohnya, puisi "Doa Orang Sengsara" karya Moechtrif Awang. i Di padang bagai ular kemarau melingkar jerami pun terbakar di laut bagai harimau gelombang mengaum ikan pun menggelepar di ladang bagai kucing hujan mencakar susu pun cair. |
marine snow | salji samudera | Sains Marin | Tiada | Agregat yang rapuh atau lemah hasil daripada pengumpulan atau gabungan molekul terlarut atau daripada degradasi berbagai-bagai jenis bahan organik seperti zooplankton dan fitoplankton yang mati, protista, bahan najis, serta zarah bukan organik seperti pasir dan habuk. Salji samudera juga kaya dengan berbagai-bagai jenis mikroorganisma dan salji ini yang jatuh secara berterusan akan menjadi sumber tenaga utama kepada ekosistem laut dalam. |
alternative | alternatif | Ekonomi | Tiada | Pilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber. |
nanocluster | nanogugusan | Fizik | Nanoteknologi | Gugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin. |
diversification | pempelbagaian; pelbagaian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelbagaian: Pemegangan berbagai-bagai aset atau sekuriti syarikat dalam satu portfolio dengan tujuan untuk mengurangi risiko. |
epidemiological features | ciri epidemiologi | Perubatan | Tiada | Ciri-ciri tentang perkaitan berbagai-bagai faktor yang menentukan kekerapan dan keleluasan penyakit dalam sesuatu komuniti, seperti contoh gejala dan tanda-tanda penyakit. |
biome | biom | Sains Marin | Tiada | Suatu komuniti yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis tumbuhan dan haiwan yang mempunyai ciri-ciri atau sifat yang sama bagi persekitaran yang didiami oleh komuniti tersebut. Biom ialah komuniti biologi unik yang terbentuk hasil daripada tindak balas terhadap iklim fizikal yang sama. Contoh ciri-ciri yang sama dimiliki oleh tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan gurun yang panas dan kering. Biom juga biasanya melibatkan kawasan yang luas dan boleh merentasi benua. Contoh biom adalah seperti biom tundra, biom gurun, biom laut dan biom akuatik. |
circular fibre | fiber keliling | Perubatan | Tiada | Fiber pada gingiva bebas, mengelilingi gigi bagai cincin. |