Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orientalismorientalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis.
parodyparodiKesusasteraanPuisiPeniruan terhadap gaya sesebuah puisi yang dihasilkan oleh seseorang penyair yang lain. Peniruan mungkin sebahagian dan mungkin juga sepenuhnya. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan unsur ejekan atau kelucuan kepada penyair asalnya. Contohnya, puisi "Bagaimana Kalau ..." karya Usman Awang. Bagaimana kalau pada suatu saat Ketika menjalankan tugas yang maha berat Untuk segala keturunan dan zuriat Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau Terpangkas sampai ke pangkal Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
crime pattern theoryteori pola jenayahKriminologiKeadilan JenayahTeori yang menerangkan bagaimana jenayah berlaku di sesuatu kawasan, iaitu kejadian jenayah bukanlah sesuatu yang berlaku secara rambang tetapi mungkin secara terancang atau wujudnya peluang. Jenayah akan berlaku apabila ruang aktiviti mangsa bertindih dengan ruang aktiviti pesalah. Contohnya, kedua-dua pelaku dan mangsa berada di tempat kerja yang sama.
patterns of offender mobilitypola mobiliti pesalahKriminologiKeadilan JenayahPola yang menerangkan bagaimana pertembungan masa dan ruang antara pelaku jenayah dengan sasaran mangsa membolehkan jenayah berlaku. Pola ditentukan oleh faktor motif, destinasi, laluan, jarak, arah tujuan, bentuk pengangkutan dan rakan seperjalanan. Pola ini menerangkan bentuk dan keupayaan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah.
structural criticismkritikan strukturalKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji struktur teks sebagai sistem bahasa dan bagaimana makna teks dibentuk tanpa merujuk maklumat di luar teks. Kritikan ini berasaskan aliran strukturalisme yang bersumberkan idea ahli lingusistik, iAitu Ferdinand de Saussure. Idea Ferdinand merumuskan bahawa bahasa ialah suatu struktur, dan unit-unitnya hanya boleh difahami melalui hubung kait di antaranya dan sistem yang mendasarinya. Prinsip umum strukturalisme ialah segala aktiviti kehidupan manusia termasuklah persepsi dan pemikiran adalah hasil bikinan dan bukan wujud secara semula jadi. Kritikan struktural menganalisis sistem yang mendasari semua penjanaan makna sosial dan fenomena budaya. Kaedah ini memanfaatkan mahu yang menentukan hubung kait ini untuk membina makna dengan mengambil kira pertentangan binari antara elemen sastera dengan budaya tersebut.
general equlibrium analysisanalisis keseimbangan umumEkonomiTiadaAnalisis yang melihat sebuah ekonomi secara keseluruhan dan menyiasat bagaimana harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang-barang dan perkhidmatan ditentukan secara serentak dalam ekonomi. Sekiranya sebuah ekonomi dibahagikan kepada beberapa pasaran, maka analisis keseimbangan umum akan mengambil kira hubung kait antara pasaran itu dalam menentukan keseimbangan kesemua pasaran tersebut secara serentak.
perorationpenggulungan pidatoKesusasteraanTiadaBahagian akhir penggulungan pidato, ucapan atau wacana; apa yang berlaku terdahulu yang menunjukkan bagaimana pemidato Yunani dan Roman suka menggunakan dalam sesuatu perbahasan.
scenariosenarioPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kaedah untuk membayangkan secara ringkas peristiwa-peristiwa mengikut urutan bagi menunjukkan bagaimana keadaan masa depan berubah secara berperingkat.
blind trustamanah butaPentadbiranTiadaSatu bentuk amanah yang diberikan untuk menjaga pelaburan seseorang, tanpa orang itu mengetahui bagaimana wang mereka dilaburkan.
play within a playdrama dalam dramaKesusasteraanTiadaDrama berbentuk lakonan dalam lakonan. Contohnya, drama Hamlet karya Shakespeare. Drama Hamlet memperlihatkan bagaimana hamlet menyusun persembahan tentang pembunuhan raja. Tujuannya untuk menyindir bapa tirinya yang membunuh bapa kandungnya.
123

Kembali ke atas