liquid | cecair | Kimia | Tiada | Keadaan jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya jeleketan. Cecair tidak mempunyai bentuk tertentu tetapi mengikut bentuk bekas. Bagaimanapun, isi padunya tetap. Cecair sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan zarah gas. Bagaimanapun, berbanding dengan pepejal, jarak di antara zarah-zarah cecair adalah lebih jauh daripada jarak di antara zarah-zarah pepejal. Misalnya air, H2O. Lihat juga gas, pepejal bendalir. |
vacuum | vakum | Kimia | Tiada | Ruang yang tidak mengandungi jirim. Bagaimanapun, vakum sempurna tidak wujud. Bagi tujuan amali, vakum rendah lazimnya ditakrifkan sebagai ruang yang bertekanan 10-2 pascal; vakum tinggi bertekanan lebih rendah daripada 10-2 pascal; dan ultravakum bertekanan lebih rendah daripada 10-7 pascal. |
phytopatogen | fitopatogen | Biologi | Patologi | Patogen yang menyebabkan penyakit pada tumbuhan. Walau bagaimanapun, biasanya istilah ini diringkaskan menjadi patogen sahaja. |
disinfectant | penyahjangkit | Farmasi | Farmakologi | Agen yang memusnahkan mikroorganisma penyebab jangkitan. Walau bagaimanapun, agen ini biasanya tidak. berkesan untuk membunuh bakteria penghasil spora. Agen ini selalunya digunakan secara luaran pada objek tidak.hidup kerana kesan iritasinya yang terlalu tinggi terhadap benda hidup. Sinonim disinfektan. |
endogonidium | endogonidium | Biologi | Mikologi | Gonidium yang terbentuk di dalam pudung atau gonidangium. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak digunakan lagi kerana dianggap usang. Istilah ini kadang-kadang dikenal juga sebagai endokonidium. |
dysphemism | desfemisme | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan sesuatu pemikiran dalam nada yang kasar. Walau bagaimanapun ungkapan yang digunakan itu tidaklah sampai menyinggung perasaan pembaca atau khalayak pendengar. Contohnya, puisi "Celana Dal am" dalam antologi Kemala 152 karya Ismail Muhammad. Sinonim ungkapan kasar. |
fungistatic | fungistatik | Farmasi | Farmakologi | Agen yang dapat merencatkan pertumbuhan danpembiakan kulat atau fungus. Walau bagaimanapun, agen initidak dapat menghapuskan atau memusnahkan kulat ataufungus tersebut sepenuhnya. |
goods | barang | Ekonomi | Tiada | Benda yang ada permintaan dan dapat memberi faedah kepada pengguna. Bagaimanapun, ada juga ahli ekonomi yang beranggapan bahawa istilah barang mencakupi benda dan perkhidmatan. |
blusher | pemerah | Biologi | Mikologi | Nama am bagi Amanita rubescens, iaitu kulat yang boleh dimakan. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak dimakan, kulat ini dapat menyebabkan warna muka menjadi kemerahan. |
imperfect rhyme | rima sumbing | Kesusasteraan | Puisi | Rima tak sempurna, bunyi vokalnya sama ataupun hampir sama, bagaimanapun bunyi huruf konsonan yang terletak sebelumnya berbeza. Contohnya, pada rima akhir baris pertama dan ketiga dalam syair di bawah. Karangan ini suatu madah, Mengarangkan syair tempat berpindah, Di dalam dunia janganlah tamak, Di dalam kubur berkhalwat sudah. |