religious fiction | fiksyen keagamaan | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo. |
finished herbal product specification | spesifikasi produk akhir herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi produk akhir herba yang sedia untuk dipasarkan. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi tatacara dan had bagi ujian kontaminasi mikrobiologi, ujian bahan toksik lain seperti logam berat dan pestisid, ujian keseragaman berat (bagi tablet, serbuk dos tunggal, supositori, kapsul dan sacet teh herba), ujian pengecaian (bagi tablet, kapsul, supositori dan pil), ujian kekerasan dan keperoian (bagi tablet tak bersalut), ujian kelikatan (bagi bendalir untuk kegunaan dalaman dan luaran), ujian ketekalan (bagi sediaan separa pepejal), ujian pelarutan (bagi tablet dan kapsul), ujian rupa bentuk, ujian penentuan kandungan lembapan, ujian pengecaman, assai dan ujian had terhadap residu pelarut. |
standard limits | had piawai | Herba | Tiada | Satu angka atau julat angka yang menetapkan had bagi penentuan atau penilaian kualiti sesuatu bahan herba secara kuantitatif. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai bagi kandungan minyak pati bagi temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) adalah tidak kurang daripada 50 ml/kg. |
canon of poetry | piawai nilai puisi | Kesusasteraan | Puisi | Peraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. |
maximum disability policy | polisi hilang upaya maksimum | insurans | Tiada | Insurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya. |
widow's benefit | faedah balu | insurans | Tiada | 1. Faedah insurans yang dikendalikan untuk balu oleh kerajaan. 2. Faedah dalam skim pencen bagi pekerja atau bagi mereka yang bekerja sendiri yang menyediakan pencen atau amaun yang dibayar sekali gus kepada balu ahli skim tersebut. |
radiation intensity | keamatan sinaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Amaun tenaga sinaran yang terdapat pada sesuatu masa dan tempat. Bagi tujuan keselamatan, sinaran keamatan diukur dalam unit Sievert (Sv) per jam dan bagi dedahan radiografi pula diukur dengan mA-minit bagi sinar-X atau Curie-jam bagi sinar gama. |
America Society for Testing and Materials E1238 (ASTM E1238) | Persatuan Amerika bagi Bahan dan Pengujian E1238 (ASTM E1238) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Spesifikasi standard bagi pemindahan data makmal klinikal antara pelbagai sistem komputer. Penghantaran fail ASTM ke pelbagai lokasi ini menggunakan kepelbagaian kaedah penghantaran dengan menggunakan kombinasi modem asinkroni dan sinkroni dalam pelbagai kelajuan bagi memastikan keseragaman perkakasan. |
integrity pact | perjanjian integriti | Undang-undang | Tiada | Proses pengisytiharan oleh pembida/orang awam untuk tidak menawarkan atau memberikan rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepat sesuatu urusan Perolehan Kerajaan melalui satu perjanjian yang ditandatangani bagi menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian atau kontrak tersebut. |
nominating convention | konvensyen pencalonan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden. |