Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gus] | باݢوس

Definisi : 1. berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik: barang itu masih ~ walaupun telah lama disimpan; 2. sangat cantik: parasnya yg ~ menawan hati putera raja itu; 3. digunakan sbg kata pujian: ~, awak telah menjalankan pekerjaan itu dgn baik sekali;membaguskan membuat jadi bagus;memperbagus membuat supaya lebih bagus: hendaklah dia ~ hatinya;kebagusan perihal bagus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gus] | باݢوس

Definisi : baik; elok; indah: Rumah kamu ini ~ sekali. membaguskan menjadikan bagus. memperbagus membuat supaya lebih bagus. kebagusan keadaan atau hal bagus; keelokan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagus

Puisi
 

Jika tuan memanting gambus,
     Gambus dipanting si burung pingai;
Bukan tuan memaksa bagus,
     Kami memaksa budi perangai.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Dendang menggonggong telur.

Bermaksud :

Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smart aleckpoyoUmumTiadaBerkenaan seseorang yang suka membanggakan diri atau merasakan diri lebih bagus daripada orang lain.
double entrendekias selewengKesusasteraanTiadaKiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas. Kekaburan makna ini berpunca daripada penggunaan bahasa yang kabur dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza. Contohnya, dua makna dalam sesuatu kenyataan. Salah satu daripadanya mempunyai makna yang tidak baik atau berbentuk sensual, dan satu lagi mempunyai makna bagus dan bernilai murni. Kias seleweng ini biasa digunakan dalam penulisan puisi. Kias seleweng berasal daripada perkataan Perancis double entrende yang menerangkan situasi yang mempunyai �makna berlapis� atau �dua tahap pemahaman�.

Kembali ke atas