anastrophe | anastrofa | Kesusasteraan | Puisi | Pembalikan susunan bahagian-bahagian kalimat atau perkataan daripada kedudukannya yang biasa. Contohnya, baris 'Telah kususun letakmu' petikan dan puisi "Usia" karya Siti Zainon Ismail. |
integration | integrasi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu kesatuan. |
ooze | ozz | Sains Marin | Tiada | Mendakan yang mengandungi bahagian-bahagian rangka organisma seni, meliputi kawasan yang luas pada dasar lautan. |
decoction | perebusan | Herba | Fitoterapi | Hasil rebusan yang diperoleh dengan perebusan bahagian-bahagian tumbuhan yang tertentu. |
sensation | kederiaan/sensasi | Kejururawatan | Tiada | Tindak balas terhadap perangsangan daripada bahagian-bahagian tubuh. |
electrodecantation | pengelektrosiringan | Kimia | Kimia Analisis | Pengubahsuaian teknik elektrodialisis. Di sini satu sel dibahagi kepada tiga bahagian oleh dua membran dan elektrod diletakkan pada bahagian-bahagian hujungnya. Bahan berkoloid akan dipekatkan di sisi dan dasar bahagian yang tengah. Manakala cecair yang timbul di permukaan di keluarkan. bd. elektrodialisis. |
chinamark | penanda | Komunikasi | Tiada | Pensel berwarna putih yang digunakan untuk menanda bahagian-bahagian filem yang hendak dipotong semasa penyuntingan. pensel cina, penukis. |
chassis lubrication | pelinciran casis | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah untuk melincirkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam sistem gantungan dan stereng. |
curriculum mapping | pemetaan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mengindeks dan menyelaras bahagian-bahagian kurikulum seperti objektif, aliran idea, tahap pelajar, kesesuaian sumber, tempoh belajar dan pentaksiran bagi mengenal pasti dan menangani isu ruang, kesinambungan, kelewahan dan ketidakjajaran akademik. Proses ini bertujuan untuk memperbaik kekoherenan kursus serta keberkesanan e-pembelajaran. |
viscous friction | geseran likat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Geseran yang berlaku antara bahagian-bahagian yang berputar di atas lapisan cecair. |