registered depth | ukur dalam berdaftar | Kejuruteraan | Tiada | yang diukur daripada bahagian atas siling ke bahagian atas rasuk dek di panjang tengah pada garis tengah kapal. |
mystax | mistaks | Biologi | Entomologi | 1. Sekumpulan bulu di bahagian atas mulut serangga tertentu. 2. Sekumpulan bulu kejur atau seta di bahagian atas mulut sesetengah serangga Diptera. |
pulse droop | lelai denyut | Kejuruteraan | Tiada | Herotan yang dicirikan oleh kecondongan bahagian atas bagi denyut yang biasanya mempunyai bahagian atas yang mendatar. |
high-wing | sayap tinggi | Aeroangkasa | Tiada | Sayap yang dipasang pada bahagian atas fiuslaj.,Satu bidang sains yang merangkumi teori dan amalan penerbangan.,Sayap yang dipasang pada bahagian atas fiuslaj. |
tonsillar position | posisi tonsilar | Perubatan | Tiada | Kedudukan pesakit separuh meniarap dengan tangan bahagian atas berada di bawah dagu dengan kepala sedikit terdongak dan kaki bahagian atas dibengkokkan di sendi pinggul dan lutut. Kedudukan ini untuk melindungi saluran udara dan memudahkan pengaliran keluar darah atau sekresi dari farinks semasa pemulihan selepas pembedahan tonsil. |
congestus | kongestus | Sains | Hidrometeorologi | Spesies awan kumulus yang bercambah dengan nyata dan biasanya menganjur amat tinggi ke atas. Bahagian atas yang menggelembung biasanya menyerupai bunga kubis. |
transome | ambang antara | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Komponen melintang yang menghubungkan bahagian atas tiang-tiang penopang dan berfungsi menyangga atau menyokong seluruh binaan di atasnya. 2. komponen mendatar pada bahagian atas rangka pintu atau rangka tingkap. |
liner lap | tindihan pelapik | Kejuruteraan | Petroleum | Panjang bahagian atas pelapik yang digunakan yang menjulur ke dalam bahagian dasar rentetan selongsong di mana pelapik tersebut digantung. Pada jarak ini bahagian atas pelapik dan bahagian bawah rentetan selongsong saling bertindihan. |
cornice | birai hias | Kesenian | Seni Bina | 1. Hiasan yang terdapat di bahagian atas tiang yang juga berfungsi sebagai penyokong bumbung. Ia terletak pada bahagian yang dinamai entablatur. Hiasan ini banyak terdapat pada zaman seni bina klasik. Lihat juga entablatur. 2. Corak atau hiasan timbul yang terletak secara mendatar pada bahagian-bahagian tertentu bangunan seperti di bahagian atas dinding yang berhampiran siling. Corak atau hiasan ini juga boleh diletakkan pada bahagian-bahagian lain seperti di atas kepala tiang, tingkap dan perabot. Birai hias boleh diperbuat daripada plaster Paris atau kayu. |
cementing head | kepala penyimenan | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: bejana palam Alat tambahan yang disambungkan pada bahagian atas kepala selongsong semasa operasi penyimenan selongsong tersebut dilakukan. Alat ini terdiri daripada satu laluan untuk mengalir/mengepamkan buburan simen dan satu ruang di bahagian atas tempat meletakkan satu atau lebih (biasanya dua0 palam penyimenan. Adanya alat ini memungkinkan pekerjaan pengedaran lumpur dan penurunan palam bawah. pengepaman simen dan penurunan palam atas serta penolakan simen dilakukan terus menerus tanpa perlunya pemutusan mana-mana sambungan. |