grinning | cacat grin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian belakang permaidani yang kelihatan pada permukaan hadapan, kesan daripada pail yang tertanggal. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan daripada pail yang rendah, kesilapan mesin pail, pesongan barisan pail atau kembang benang bulu yang tidak mencukupi atau berpunca daripada kerja-kerja pemasangan pada sudut yang tajam. |
antimacassar | antimakasar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis kain untuk menutup atau melindungi bahagian belakang dan lengan kerusi atau sofa daripada terkena kotoran atau habuk. |
brake lights | lampu berhenti | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lampu merah pada bahagian belakang kenderaan, yang digunakan untuk menunjukkan brek sedang ditekan. |
posterior | posterior | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian belakang jasad. Contohnya, jantung terletak pada posisi posterior dari tulang rusuk. |
Dutch settle | enap Belanda | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot yang mempunyai engsel di bahagian belakang supaya dapat direndahkan menjadi meja. Perabot ini terkenal pada abad ke-18 hingga abad ke-19. |
fabric-backed | lapik fabrik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan fabrik yang dilekatkan di bahagian belakang lapisan kemasan, seperti kertas dinding. Lapisan ini diperbuat daripada kain tenunan atau bulu yang dikait atau struktur yang tidak ditenun, yang disebarkan secara rawak pada gentian tekstil. Lapisan ini berfungsi sebagai penguat kepada lapisan kertas dinding supaya tidak mudah koyak atau rosak. |
splash shield | pelindung simbah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pelindung yang dipasang di bahagian belakang roda untuk mengelakkan percikan air. |
back cover | kulit belakang | - | Tiada | Bahagian belakang kulit bahan terbitan seperti buku, ensiklopedia, kamus, majalah dan jurnal. Banding front cover. |
Fosbury flop | Fosbury flop | Sains Sukan | Biomekanik | Teknik lompatan dalam acara sukan lompat tinggi yang memerlukan bahagian belakang tubuh badan menghadap halangan ketika melakukan lompatan. Teknik ini diperkenalkan oleh atlet lompat tinggi bernama Dick Fosbury pada tahun 1968. |
hoodie | baju hud | Fesyen | Tiada | Sejenis baju peluh atau jaket yang mempunyai penutup kepala yang terlekat pada bahagian belakang leher baju tersebut. |