climax | puncak | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian atau peristiwa (detik) yang paling penting dalam sesebuah kisah. Kisah dalam drama, cerita atau sebarang naratif apabila aksi menuju tahap tertinggi dan nasib protagonis mengalami perubahan. Pada tahap ini, peleraian atau resolusi dicapai, kemudian aksi mula menurun. Puncak dikenali juga sebagai klimaks atau kemuncak. Puncak berasal daripada bahasa Yunani climax yang bermaksud �tangga�. Lihat juga aksi menaik, aksi menurun, anagnorisis, antipuncak, krisis, peleraian, peripeteia, plot, titik perubahan. |
centralism | faham kepusatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang melibatkan proses membuat dasar atau keputusan sesebuah organisasi yang terletak kepada seseorang individu atau satu badan yang tertinggi kuasanya. Dalam disiplin ilmu politik, fahaman ini merujuk kepada pemusatan kuasa kerajaan secara geografi atau politik. Terdapat kelebihan tertentu dalam fahaman ini, seperti keupayaan membuat keputusan dengan segera, mengurangkan perdebatan, mengelak karenah birokrasi dan membolehkan perancangan rapi serta terarah tanpa melibatkan pihak lain. Terdapat juga beberapa kelemahan seperti badan pusat sentiasa terdedah kepada sasaran kritikan terhadap kualiti dan dasar perkhidmatan serta meletakkan keseluruhan perkhidmatan di bawah tanggungjawab satu badan sahaja akan menyebabkan keseluruhan perkhidmatan tidak berfungsi apabila salah satu bahagian terganggu. Contohnya, sistem pentadbiran dan ekonomi negara komunis China mengamalkan fahaman ini. |
associative stage | peringkat gabungan | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada peringkat pertengahan, iaitu peringkat yang menggabungkan beberapa aspek kemahiran asas untuk menjadi satu kemahiran motor yang lebih kompleks. Pada peringkat ini, atlet telah menguasai kemahiran asas dan meliputi bagaimana bahagian pergerakan lakuan motor itu berkaitan antara satu sama lain. Atlet juga sentiasa membaiki kelemahan yang ada untuk menghasilkan kemahiran yang lebih tinggi. 2. Pencapaian kemahiran motor tertinggi berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
presidential primary | primari presiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti. |