reprography | reprografi | - | Tiada | Penghasilan semula bahan cetak seperti imbasan, fotografi, fotokopi dan cetakan digital daripada bahan asal. |
nanocomposite | nanokomposit | Fizik | Nanoteknologi | Bahan yang terhasil daripada penambahan beberapa peratus bahan tertentu bersaiz nano ke atas suatu bahan asas. Sifat fizik bahan komposit adalah seperti kekonduksian elektrik, terma atau kekuatan mekanik berbeza secara drastik daripada sifat bahan asal. Bahan bersaiz nano tersebut dapat terdiri daripada nanotiub atau nanozarah. |
born-digital material | bahan asal digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahan yang berasal dan hanya wujud dalam bentuk digital. Bahan ini berbeza dengan bahan analog yang dijadikan sebagai bahan digital seperti bahan bertulis dan bercetak yang diimbas. |
autofluorescence | autopendarfluor | Fizik | Nanoteknologi | Proses pendarfluor yang berlaku dalam bahan asal suatu organisma. Proses ini dapat memberikan gangguan dalam penggunaan mikroskop pendarfluor organisma tersebut yang diberikan tompokan bahan berpendarfluor (seperti antibodi yang berlabel bahan pendarfluor). Gangguan ini dihasilkan apabila kesan autopendarfluor lebih besar daripada isyarat cahaya yang diperlukan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu autopendarfluor sangat berfaedah untuk dijadikan sebagai penanda diagnostik. |
extract | ekstrak | Herba | Pemiawaian | Bahan cecair atau pepejal yang terhasil daripada proses pengekstrakan herba. Bahan ini biasanya diasingkan daripada campuran bahan asal dengan cara melarutkannya ke dalam air atau pelarut organik seperti etanol. |
ion milling | pengisaran ion | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Proses menyingkirkan lapisan permukaan bahan bagi mendedahkan permukaan asal bahan untuk pencirian imej beresolusi tinggi seperti pencirian menggunakan TEM. |
gravimetric analysis | analisis gravimetri | Herba | Tiada | Kaedah analisis yang melibatkan pemisahan bahan kimia tertentu daripada suatu bahan herba dan kandungannya ditimbang. Bahan kimia dipisahkan daripada bahan herba pada berat tetap dan kandungan bahan kimia dihitung berdasarkan berat asal bahan. Proses pemisahan boleh dilakukan secara pemeluapan, penyalaan, pengekstrakan pelarut dan pemendakan larutan. Contoh kaedah analisis gravimetri bagi bahan herba ialah penentuan abu dan nilai ekstraktif. Data yang diperoleh daripada analisis ini berguna untuk memastikan ketulenan serta kualiti suatu bahan mentah dan sediaan herba. |
herbal decoction | rebusan herba | Herba | Tiada | Cecair yang dihasilkan melalui proses perebusan bahan herba dengan air (500 ml) sehingga cecair ini mengurang menjadi separuh atau sepertiga daripada isi padu asal. Bahan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum ketika masih suam. Contohnya, rebusan tongkat ali dan kacip fatimah. |
herbal reference standard | herba rujukan piawai | Herba | Tiada | Sampel bahan herba dalam bentuk asal dan terproses yang mengandungi bahan kimia khusus, bahan penanda atau bahan pencemar yang diketahui. Herba rujukan piawai ini harus mempunyai kualiti yang bersesuaian dengan kegunaannya. Bagi herba yang tidak terdapat dalam farmakopeia, sampel herbarium bahan tersebut harus disediakan. Herba rujukan piawai ini disimpan dalam keadaan yang baik untuk mengekalkan kualitinya. Tarikh luput dan/atau validasi semula harus ditentukan dan dinyatakan. Sinonim herba rujukan standard. |
dry rot | reput kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan yang terjadi pada kayu, gentian, tekstil atau permaidani akibat serangan mikroorganisma. Keadaan ini dapat dikenal pasti melalui kehilangan kekuatan serta sifat asal bahan tersebut. Reput kering pada permukaan belakang permaidani menyebabkannya mudah koyak dan rosak. Bahan daripada jut lebih mudah rosak berbanding bahan sintetik lain. Pereputan pada kayu disebabkan oleh kelembapan dan kurangnya pengudaraan. Sekiranya hujung kayu dibina terlalu dekat dengan dinding atau menggunakan pengikat besi di hujung kayu, kayu tersebut mungkin diserang oleh reputan, walaupun diawet dengan baik. |