neofunctionalisation | pemfungsian baharu | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Perolehan fungsi baharu sesuatu gen selepas melalui aktiviti penduaan gen. |
new town | bandar baharu | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu kawasan baharu bertaraf bandar yang dirancang, lengkap dengan kemudahan perumahan dan peluang pekerjaan yang biasanya diwujudkan untuk mengatasi limpahan pembangunan atau sebagai pusat pertumbuhan. |
neologism | neologisme | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan perkataan baharu dalam sesebuah puisi yang dicipta. Pembentukan dan penggunaan kata baharu itu mungkin berasal daripada bahasa penyair sendiri mahupun dipinjam daripada bahasa asing. Penggunaan kata-kata neologisme ini bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu isu atau pemikiran yang diungkapkan oleh penyairnya dan mungkin juga merupakan suatu stail saja. Contohnya, penggunaan neologisme ini dapat dilihat dalam "Sajak Warga Kata" karya Baha Zain. Antara kata-kata tersebut ialah warga, bankrap, pub, nightclub, combat, piring terbang, jutawan, rutin, burger, instant mee dan kerantung. |
food hunting | pemburuan makanan | Pelancongan | Tiada | Aktiviti mencari tempat makan baharu atau unik, terutamanya semasa melancong atau menjelajah bandar atau kawasan yang baharu. |
constructivist | konstruktivis | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang pengamal dan pendukung pendekatan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme, iaitu pelajar perlu membina kefahaman sendiri mengenai dunia persekitaran mereka. Konstruktivis sentiasa menggalakkan pelajar membuat refleksi dan membawa pengalaman lalu kepada situasi baharu dan pengetahuan baharu dibina daripada pengetahuan sedia ada. |
chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |
prague school | prague school | Kesusasteraan | Tiada | Organisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle. |
new normal | kebiasaan baharu | Sosiologi | Tiada | Tiada |
new norm | norma baharu | Sosiologi | Tiada | Tiada |
new deal | tawaran baharu | Sosiologi | Tiada | Tiada |