semiology semiotic | semiologi semiotik | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tanda, pelahiran dan komunikasi, pengelompokan secara sistematik dalam bentuk bahasa dan kod, serta fungsi sosialnya. Tanda meliputi bahasa ujaran dan bukan ujaran. Bahasa ujaran seperti percakapan dan bunyi, manakala bukan ujaran seperti gerak badan dan kod budaya yang lain, iaitu makanan, pakaian, dan ritual. Kajian tanda dalam kesusasteraan adalah relevan kerana kesusasteraan menggunakan bahasa yang merupakan sistem tanda utama dalam kebudayaan manusia. |
dumb show | lakonan bisu | Kesusasteraan | Tiada | Lakonan tanpa ujaran yang mengutamakan bahasa isyarat, mimik muka dan pergerakan badan. Persembahan ini kerap mentafsirkan aksi utama drama secara simbolik atau alegorikal. Contohnya drama berjudul Aduh dan Edan oleh Putu Wijaya yang dilakonkan sepenuhnya tanpa dialog. Persembahan ini mungkin berbentuk drama dalam drama atau dalam bentuk pantomim. Lihat juga novel gotik. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Tiada | Puisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. |
synecdoche | sinekdoki | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang menggunakan sebahagian objek untuk mewakili keseluruhannya. Contohnya, satu kepala mewakili seorang. Dalam fiksyen Dickens, beliau kerap menggunakan bahagian tubuh badan untuk mewakili watak. Contohnya, watak Mrs. Merdle dalam karyanya bertajuk Little Dorrit disebut The Bosom. Dalam pertuturan popular, Liverpool bermaksud pasukan bola sepak dari bandar tersebut. Sinekdoki juga terdapat dalam bahasa wartawan. Contohnya, Moscow bermaksud kerajaan Soviet. Sinekdoki dibina melalui beberapa cara, iaitu yang umum mewakili yang khas, seperti �law� untuk seseorang polis, dan yang khas mewakili yang umum seperti �strings� untuk �string instruments�. |
secession | pemisahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka. |