dialectal Malay | bahasa Melayu dialek | Linguistik | Tiada | Kelainan bahasa Melayu berdasarkan kawasan yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata, berbanding dengan bahasa Melayu baku. Contohnya, bahasa Melayu dialek Kelantan dan Kedah. |
fifth generation language (5GL) | bahasa generasi kelima (5GL) | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa pengaturcaraan yang berasaskan bahasa tabii seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Hampir sama dengan bahasa pertanyaan (4GL) kecuali pengguna tidak perlu mempelajari kamus, nahu dan sintaks tertentu (seperti SELECT FROM WHERE ORDER BY ). Bahasa ini masih lagi pada tahap penyelidikan dan pembangunan. Kemungkinan contoh bahasa 5GL dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: Senaraikan nama pelanggan mengikut tertib menaik yang bil telefonnya melebihi RM100.00 |
overcorrection | pembetulan berlebihan | Sosiolinguistik | Tiada | Penghasilan bunyi perkataan yang melebihi daripada yang sepatutnya dibunyikan dan terlebih gaya. Contohnya bunyi /t/ yang beraspirasi dalam bahasa Melayu. |
orthography | ortografi | Kesusasteraan | Tiada | Sistem ejaan sesuatu bahasa yang betul dan standard. Sistem ejaan bahasa Melayu amat diperlukan dalam kajian filologi terutamanya yang melibatkan naskhah Melayu lama. |
demonstrative adjective | kata sifat penunjuk | Linguistik | Tiada | Kata yang berfungsi sebagai kata sifat yang digunakan sebagai penentu kata nama. Contohnya, itu dan ini dalam bahasa Melayu, dan these dan those dalam bahasa Inggeris. |
bayet (arabic verse) | bait | Kesusasteraan | Tiada | 1. Syair Arab atau Parsi yang dipetik secara langsung dalam bahasa asalnya.,2. Syair Arab dan Parsi yang diberikan maknanya dalam Bahasa Melayu, tidak diambil dalam bahasa asalnya dan tidak pula dijadikan syair Melayu.,3. Rangkap-rangkap syair Melayu yang dibuat mengikut timbangan syair Arab. |
mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau panda |
programming language | bahasa pengaturcaraan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu set peraturan yang menyuruh komputer untuk melaksanakan operasi yang tertentu. Bahasa pengaturcaraan digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dan menyuruh komputer melakukan sesuatu tugasan. Bahasa pengaturcaraan adalah menyerupai bahasa tabii seperti bahasa Melayu dalam beberapa aspek. Contohnya, ia mempunyai perkataan, simbol dan sintaks tertentu. Untuk menulis atur cara, pengatur cara perlu mengetahui perkataan, simbol dan sintaks bagi bahasa pengaturcaraan tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 1000 bahasa pengaturcaraan di dunia. Contoh bahasa pengaturcaraan termasuk Bahasa Mesin, Bahasa Penghimpunan, APL, Pascal, Java, Perl, Eifel, C, C++, Basic, Fortran, Lisp, Scheme, BETA, Lua, Visual Basic, Prolog, Haskell, Hugs dan COBOL. |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
oxymoron | oksimoron | Kesusasteraan | Tiada | Cantuman dua atau lebih perkataan secara berturutan dan maknanya bertentangan, berlawanan dan tidak sepadan. Oksimoron ialah alat bahasa yang lumrah dan berkait rapat dengan paradoks serta antitesis terutamanya dalam karya puisi. Contoh oksimoron terdapat dalam Romeo and Juliet karya Shakespeare. Romeo menggunakan oksimoron seperti �O loving hate�, dan �O heavy lightness�. Dalam bahasa Melayu, oksimoron boleh dilihat dalam ungkapan seperti �pahit manis� dan �susah senang�. Dalam contoh ini, perkataan �susah� berlawanan atau bertentangan dengan perkataan �senang�. Oksimoron ditemui dalam sajak Arena Wati berjudul �Kelahiran�. Petikan sajaknya seperti yang berikut: �Tempatku datang, pindah...� Contoh lain ditemui dalam sajak bertajuk �Ibu yang Satu� oleh Mohd Amran Daud melalui petikan: �Menghiburkan diriku siang malam�. |