readerly | mesra baca | Kesusasteraan | Tiada | Sifat teks yang bahasanya bersifat telus dan menggambarkan alam secara harfiah. Jalan cerita dan perwatakan dalam teks agak jelas. Oleh itu, pembaca hanya memainkan peranan yang pasif. Jenis karya ini diperkenalkan oleh pengkritik strukturalisme Perancis, iaitu Roland Barthes dalam bukunya bertajuk S/Z pada tahun 1970 bagi membezakannya dengan jenis karya yang dikenali sebagai cabar baca. Lihat juga cabar baca. |
analytical relation | hubungan analisis | Perpustakaan | Tiada | Satu set hubungan konsep seperti kategori, intrinsik, dan lain-lain untuk menghubungkan perkataan-perkataan kepada pemeri supaya bahasanya dapat dikawal. |
rural press | akhbar desa | Komunikasi | Tiada | Akhbar yang diterbitkan di luar bandar bagi keperluan penduduk desa. Akhbar ini bersifat tempatan dan tahap penggunaan bahasanya agak rendah. Pengedaran akhbar ini terhad kepada kawasan yang berkenaan sahaja. |
style | gaya | Kesusasteraan | Tiada | Cara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti perin |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah ole |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting fo |