increased hazard | bahaya meningkat | insurans | Tiada | Polisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer. |
comprehensive general liability policy | polisi liabiliti am komprehensif | insurans | Tiada | Polisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu. |
physical hazard | bahaya fizikal | insurans | Tiada | Bahaya yang timbul daripada ciri-ciri bahan, binaan atau operasi risiko itu sendiri, tidak termasuk aktiviti tuan punya atau pengurusnya. |
moral hazard | bahaya moral | insurans | Tiada | Bahaya yang dikaitkan dengan sikap dan tingkah laku insured dan pekerjanya. Contoh: insured pemabuk, pekerja yang cuai, insured yang pernah membuat tuntutan palsu. |
morale hazard | bahaya morel | insurans | Tiada | Bahaya yang timbul daripada sikap cuai dan tidak peduli terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan tanpa mengira sama ada ia mempunyai perlindungan insurans atau tidak. |
hazard | bahaya/ mudarat/ marabahaya/ hazard | Umum | Tiada | Sumber bahaya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan, dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. |
personal hazard | bahaya diri | insurans | Tiada | lih. bahaya moral. |
inherent hazards insurance policy | polisi insurans bahaya bawaan | insurans | Tiada | Perlindungan polisi perniagaan yang melindungi bahaya bawaan. |
inherent hazards insurance policy | polisi insurans bahaya bawaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans perniagaan yang melindungi bahaya bawaan. |
insurance risk | risiko insurans | insurans | Tiada | Bahaya yang terlibat dalam penginsuransan harta. Premium atau kos insurans menunjukkan tahap risiko atau bahaya yang mungkin terlibat. |