curtain wall | dinding tirai | Kesenian | Hiasan Dalaman | Dinding nipis di bahagian luar bangunan yang tidak menyokong beban bangunan, bahkan beratnya disokong terus oleh kerangka struktur bangunan. Dinding ini biasanya dibina menggunakan panel kaca, panel aluminium dan panel batuan; dan terdapat pada bangunan bertingkat. |
artificial super intelligence (ASI) | kecerdasan super buatan (ASI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang mampu melakukan semua perkara termasuklah secara fizikal, bahkan dapat mengatasi kemampuan manusia termasuklah membuat keputusan dan memilih tindakan rasional seperti robot mengambil alih mesin pembuatan. |
grammatology | gramatologi | Kesusasteraan | Tiada | Sains tentang lambang tulisan atau teori umum tentang tulisan. Lambang dan makna tidak semestinya sama, khususnya dalam penulisan sastera. Lambang tidak semestinya membawa makna yang muktamad bahkan berbeza dan bertunda. Konsep ini diperkenalkan oleh Jacques Derrida melalui bukunya, Of Grammatology (1967), Writing and Difference (1967), dan Speech and Phenomena (1967). Lihat juga fonosentrisme. |
connectivism | konektivisme | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Teori pembelajaran era digital yang berasaskan idea bahawa pengetahuan adalah terangkai. Pembelajaran berlaku semasa individu saling berhubung antara satu sama lain dan berkongsi maklumat untuk mengembangkan dan mencipta pengetahuan yang bersepadu. Pembelajaran bukan sahaja berlaku dalam diri individu bahkan dalam keseluruhan rangkaian. Pembelajaran boleh berpunca daripada pelbagai sumber komuniti termasuklah sumber bukan manusia seperti rangkaian pangkalan data. Teori ini bermodelkan pembelajaran terangkai dan menjadi signifikan akibat daripada kemajuan teknologi Web 2.0. |
new historicism | historisisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme. |
sirah | sirah | Kesusasteraan | Tiada | Perjalanan, sunah, keadaan atau hal sesuatu. Sirah juga bermaksud perjalanan atau riwayat hidup seseorang. Sirah pertama kali digunakan dalam perbincangan khusus sebuah buku karangan Ibn Hisham. Dalam penulisan awalnya, sirah digunakan untuk menceritakan riwayat hidup atau biografi Nabi Muhammad SAW, dan peristiwa penting yang ada hubung kait dengan Baginda. Namun lahirnya buku berjudul Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah karya Awanah bin Abd al-Hakam memperlihatkan bahawa sirah tidak hanya dikhususkan kepada riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, bahkan turut melibatkan riwayat hidup tokoh lain. Contoh karya sirah ialah Sirah Nabi Muhammad SAW oleh Mahayudin Haji Yahya. Dalam bahasa Arab, sirah bermaksud �perjalanan�. |