Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.hu] | باهو

Definisi : 1. bahagian badan antara leher dan pangkal lengan, pundak; mengangkat ~ bp menyatakan tidak tahu; 2. bahagian perantaraan pd suatu torak (pd tempat torak itu dikecilkan); ~ jalan bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian utk laluan kenderaan); memikul di ~, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat; tangan mencencang (menetak, memetik) ~ memikul prb siapa yg bersalah harus menanggung akibatnya;membahu memikul, menyauk, menyangga;bahu-membahu bersama-sama (mengerjakan sesuatu), tolong-menolong: mereka ~ memberikan bantuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.hu] | باهو

Definisi : bahagian badan di antara leher dgn pangkal lengan. ~ jalan ruang di tepi jalan raya yg biasanya lebih tinggi drpd jalan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahu

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Diberi bahu,
     hendak kepala.

Bermaksud :

Perihal anak yang dimanjakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard shoulderbahu jalan berturapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBahu jalan yang berturap lazimnya untuk kecemasan dan meninggikan halaju reka bentuk.
road shoulderbahu jalanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
road side tablebahu jalanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
internal rotationputaran dalamanSains SukanBiomekanikAksi pada sendi bahu atau pinggul yang menyebabkan permukaan segmen bergerak menghadap antara satu sama lain.
external rotationputaran luaranSains SukanBiomekanikAksi pada sendi bahu atau pinggul yang menyebabkan permukaan segmen bergerak menjauhi antara satu sama lain.
boat neckleher sampanFesyenTiadaBahagian leher baju yang berbelah hingga bahu.
kerbbebendul jalanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBlok konkrit sebagai sempadan antara jalan dan bahu jalan.
elevationelevasiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan yang menghala ke atas pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke atas semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding depresi.
depressiondepresiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan yang menghala ke arah bawah pada satah frontal. Contohnya, pergerakan skapula (tulang bahu) yang menghala ke bawah semasa latihan mengangkat bebanan. Lihat juga satah frontal. Banding elevasi.
acromioclavicular jointsendi akromioklavikularSains SukanBiomekanikSendi yang menghubungkan tulang klavikel dengan cuaran akromion yang terletak di bahagian atas bahu.
12

Kembali ke atas