kind teacher | guru baik hati | Pendidikan | Tiada | Tiada |
agreeableness | kebersetujuan | Psikologi | Tiada | Sikap seseorang yang suka berkawan dan bersosial seperti mudah bertegur sapa, bekerjasama, saling mempercayai, mesra, mudah bersimpati, baik hati, tidak suka membantah, suka membantu, pemaaf serta kurang konflik dalam hubungan interpersonal serta asertif. |
ex aequo et bono | ex aequo et bono | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kuasa mahkamah atau tribunal untuk membuat keputusan berdasarkan �apa yang betul dan baik� atau �daripada ekuiti dan hati nurani�. Dalam hal ini, seseorang hakim misalnya boleh mengetepikan peraturan undang-undang yang ketat dan memutuskan sesuatu pertikaian berdasarkan rasa keadilannya (hati nurani) dan kebenaran, atau sesuai dengan apa yang dianggap sebagai adil. Perkara 38 Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberi kuasa kepada mahkamah antarabangsa itu untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang betul dan baik, tetapi hanya jika disepakati oleh pihak yang bersengketa. |
esprit de corps | esprit de corps | Sejarah | Tiada | Perasaan bersatu hati dan berpadu, mengambil berat di antara satu sama lain, baik daripada segi fizikal dan emosi dalam sesebuah kumpulan atau masyarakat untuk mencapai tujuan yang sama. |
insulin resistance | rintangan insulin | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan apabila otot, adipos dan sel hati tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan mengakibatkan glukosa tidak boleh diserap daripada aliran darah. Keadaan ini merupakan gangguan metabolik akibat obesiti yang menyebabkan diabetes jenis 2. |
voice exit model | model suara sepi | Pentadbiran | Tiada | Model kesatuan yang menuatakan bahawa adalah lebih baik bagi ahli menyuarakan ketidakpuasan hati mereka daripada membuat keputusan untuk mengundur diri. |
high density lipoprotein (HDL) | lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Sejenis lipoprotein yang mengangkut kolesterol kembali daripada sel kepada hati. Lipoprotein berketumpatan tinggi dikenali juga sebagai kolesterol baik kerana tahap yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. |
customer care | mesra pelanggan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Layanan baik dan sempurna yang diberikan oleh petugas sesebuah organisasi atau pihak tertentu kepada orang ramai. Konsep mesra pelanggan penting untuk meningkatkan imej dan kredibiliti organisasi di samping memperkukuhkan kedudukan ekonomi organisasi tersebut. Dalam perkhidmatan awam Malaysia, ia diperkenalkan melalui kempen atau slogan yang ditujukan khusus kepada kakitangan awam dalam urusan layanan, bantuan dan khidmat pelanggan. Melalui kempen ini, kakitangan organisasi diharap dapat menghayati konsep ini dan menterjemahkannya dalam bentuk khidmat layanan terbaik. Secara tidak langsung, ia dapat mengelak perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang awam khususnya apabila mereka berurusan di kaunter pelanggan. |
free association | perkaitan bebas | Psikologi | Psikologi Umum | Teknik psikoanalisis yang memberi kebebasan kepada klien untuk menyatakan perkara yang dirasai dalam pemikirannya tanpa mengambil kira sama ada hal tersebut memalukan atau menyakitkan hati. Pemikiran seseorang klien akan dibiarkan mengalir bagai arus tanpa halangan supaya segala pemikiran dan perasaan yang ingin disembunyikan atas sebab tertentu boleh dilahirkan dengan baik dan jelas. Teknik ini merupakan salah satu teknik asas yang digunakan oleh Freud untuk menyelami dasar neurosis yang dialami oleh seseorang klien. |
Mozart effect | kesan Mozart | Psikologi | Psikologi Umum | Kesan muzik yang dikatakan boleh meningkatkan kemampuan ruang (spatial) individu yang terlibat. Rauscher dan Shaw (1998) melaporkan bahawa sonata piano Mozart yang diperdengarkan kepada pelajar kolej didapati dapat meningkatkan prestasi ujian taakulan ruang pelajar-pelajar tersebut. Kejayaan ini telah membuatkan ramai ibu bapa memperdengarkan muzik tersebut kepada anak-anak mereka supaya mereka menjadi orang yang bijaksana apabila dewasa. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak dapat ditunjukkan dalam kebanyakan kajian yang dijalankan. Namun, ramai pengkaji bersetuju bahawa muzik Mozart boleh meningkatkan tahap kewaspadaan kanak-kanak dan merangsang keadaan rasa hati yang lebih baik. |