positive reinforcement | pengukuhan positif | Perubatan | Psikiatri | Ganjaran yang diberikan untuk menggalakkan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik. |
regionalism | kedaerahan | Kesusasteraan | Tiada | Semangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak. |
nobility | kebangsawanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan tertinggi sekumpulan masyarakat khususnya dalam masyarakat feudal. Golongan ini berkedudukan hampir dengan raja atau pemerintah, mendapat penghormatan daripada orang ramai, memiliki kedudukan ekonomi yang baik dan berupaya mempengaruhi kuasa politik di wilayah yang diwakilinya atau tempat asal kedatangannya. Nilai budaya ini selalu dikaitkan dengan tingkah laku yang tertib dan teratur, kemewahan dan kecantikan, penuh dengan bintang dan gelaran, sensitif dengan protokol dan dihormati oleh orang ramai. Contohnya, golongan bangsawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka atau golongan bangsawan Inggeris yang dikaitkan dengan golongan Lord pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |