soft landing | pemulihan bertahap | Ekonomi | Tiada | Pemulihan terhadap sesuatu keadaan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik secara bertahap. Contohnya, pemulihan semula ekonomi selepas dilanda pandemik. |
soft landing | pemulihan bertahap | Kesihatan Awam | Tiada | Pemulihan terhadap sesuatu keadaan daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik secara bertahap. Contohnya, pemulihan semula ekonomi selepas dilanda pandemik. |
quality assessment | penilaian kualiti | Herba | Pemiawaian | Kaedah yang digunakan untuk memastikan sesuatu herba, ekstrak atau produk herba selamat untuk digunakan dan bermutu tinggi. Bahan yang dinilai perlu mengandungi sebatian kimia piawai yang tepat. Penilaian kualiti melibatkan beberapa proses, antaranya amalan pertanian baik, amalan makmal baik dan amalan pengilangan baik. |
certificate of Good Manufacturing Practice | sijil Amalan Pengilangan Baik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. |
documentation | dokumentasi | Herba | Tiada | Kaedah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat bahan dan sediaan herba yang dirakam dalam salinan keras dan salinan lembut. Dokumentasi ini merupakan komponen penting dalam prosedur pengendalian piawai (SOP), Amalan Makmal Baik (GLP), Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP), Amalan Pengilangan Baik (APB) dan Amalan Klinikal Baik (GCP). |
engine performance | prestasi enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan enjin ketika beroperasi atau berfungsi dalam pelbagai keadaan seperti yang diingini oleh pemandu. Prestasi enjin yang baik bermakna enjin mampu menghasilkan respons yang baik mengikut masukan yang diberikan oleh pemandu. Enjin berprestasi baik boleh dicapai sekiranya kenderaan diselenggarakan dengan sempurna dan mengikut jadual penyelenggaraan. Lihat juga penalaan enjin. |
value belief | kepercayaan nilai | Kejururawatan | Tiada | Kesanggupan mengekalkan, menambah baik atau menyingkirkan kepercayaan dengan mengambil kira pendapat individu terhadap sesuatu yang dianggap baik atau buruk. |
morality play | lakon moraliti | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500). |
Good Laboratory Practices (GLP) | Amalan Makmal Baik (GLP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan sistem kawalan kualiti dalam pengurusan makmal dan organisasi penyelidikan untuk memastikan data dan maklumat yang dijana adalah konsisten dan boleh dipercayai. Amalan Makmal Baik melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan, perekodan, pelaporan dan pengarkiban bagi sebarang kajian bukan klinikal yang menilai kualiti dan keselamatan bahan dan produk herba. GLP bertujuan untuk menentukan status dan menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan penggunaan bahan herba. Sinonim GLP. |
Good Collection Practices (GCP) | Amalan Pengumpulan Baik (GCP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP. |