Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.jau] | باجاو

Definisi : ; membajau memukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.jau] | باجاو

Definisi : suku kaum peribumi yg ketiga terbesar di Sabah, yg terbahagi kpd dua golongan, iaitu Bajau Laut yg tinggal di timur Sabah dan Bajau Darat di barat Sabah, yg masing-masing bertutur dlm dialek yg berbeza, dan kegiatan utama mereka ialah bertani, menternak serta menangkap ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
turiding (Mal)turidingKesenianTiadaHap rahang dari kaum Bajau, Sabah.
kaban budi(Bin., Baj., Sam.)kaban budi(Bin., Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur geometri berbentuk segi empat yang pada bahagian dalamnya dianyam berlangkau-langkau untuk menggambarkan peti barang kemas. Ada juga yang berunsur geometri berbentuk piramid dengan gabungan empat segi tiga yang lazimnya terpada pada ukiran kaum Bajau dan Sama.
kuridingkuridingMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipetik. Kuriding merupakan hap rahang yang dimain­kan oleh suku kaum Bajau di Kota Belud, Sabah. Lihat juga bungkau, hap rahang.

gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbua


Kembali ke atas