Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bak I

Puisi
 

Kepiat lampam ke dinding,
     Dia makan bunga padi;
Adik duduk sanggul berdendang,
     Bak bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Guru kencing berdiri,
     murid kencing berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).

 

Lihat selanjutnya...(44)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sand wavegelombang pasirSains MarinTiadaStruktur primer bak permatang yang menyerupai gelombang air pada permukaan atas suatu lapisan endapan yang terbentuk oleh arus air atau udara berhalaju tinggi.
knotbuku kayu; simpul; buku; knot (unit)FarmasiTiada1. Keadaan saling melilit suatu struktur seperti tali atau bak tali yang membentuk suatu gumpal atau tombol.
cormumbisiHerbaTiadaBatang pendek yang membengkak dan tumbuh menegak di dalam tanah. Umbisi dilapisi oleh daun nipis bak sisik yang kering dan berfungsi sebagai penyimpanan makanan. Umbisi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, keladi, keladi tikus dan keledek.
perumpamaanperumpamaanKesusasteraanPuisiSesuatu bentuk susunan kata yang lazimnya pendek. Dalam susunan tersebut terdapat penggunaan perkataan tertentu iaitu bagai, seperti, umpama, laksana dan bak. Biasanya digunakan dalam konteks perbandingan kehidupan yang sama padan. Contohnya, bagai pinang dibelah dua.
aromiaaromiaBiologiTiadaSpesies Cerambycidae atau kumbang bersesungut panjang yang mempunyai kelenjar bau pada koksa di kaki belakang. Serangga ini merembeskan ester asid salisilik bak kesturi. Larvanya merupakan pengorek batang pokok willow. kumbang kesturi.
single electron tunnelingpenerowongan elektron tunggalFizikNanoteknologiFenomena yang berlaku dalam sistem mekanik kuantum apabila elektron tunggal dapat melintasi kawasan tenaga terlarang disebabkan oleh sifat bak gelombangnya. Fenomena ini dapat dicerap apabila satu lapisan bahan penebat yang amat tipis, berketebalan beberapa nanometer, diapit oleh dua bahan konduktor. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan transistor elektron tunggal.
simileperbandinganKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili.
abecedarianabecedarianKesusasteraanTiadaHuruf pertama pada setiap baris puisi yang berurutan mengikut susunan abjad. Contoh: Aku kembali Bawa rasa duka Cuma dengan rindu Duka mencucuk jiwa Entah di mana Fahamku tidak keruan Gugur bak gerimis Hingga basah di rumput diri. (Sumber : sajak �Menunggu Waktu� karya Arbak Othman (2017)
tunnelingpenerowonganFizikNanoteknologiFenomena yang berlaku apabila zarah dapat menembusi suatu sawar keupayaan yang lebih tinggi daripada tenaga kinetiknya dan tebal sawar adalah dalam skala nanometer. Fenomena ini berlaku dalam sistem mekanik kuantum yang zarah bersifat bak gelombang dan tidak mungkin berlaku dalam sistem mekanik klasik. Fenomena ini digunakan untuk mereka bentuk peranti penerowongan elektron tunggal.
bank draft, banker's draftdraf bankEkonomiTiadaCek yang boleh dibayar atas permintaan bank yang mengeluarkan draf bank tersebut. Oleh sebab draf bank ini dikeluarkan oleh bank berkenaan itu sendiri, maka draf bank itu boleh dianggap sebagai wang tunai. Ini kerana jumlah wang yang tercatat pada draf bank dijamin ada dalam simpanan bank. Sinonim cek bak.
12

Kembali ke atas