Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keluarga (yg menurunkan), asal keturunan (ayah dll); 2. benih (haiwan atau tumbuhan); membuang ~ menyimpang drpd sifatnya (asalnya) yg turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dll); saka ~ (keluarga) yg menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;pembakaan perihal memperkembang baka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baka I

Peribahasa

Bapa burik anaknya tentu rintik.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
composite breedbaka kompositPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBaka yang dihasilkan daripada dua atau lebih baka terpilih. Baka komposit dihasilkan bertujuan untuk memelihara dan mengekalkan heterosis pada generasi akan datang tanpa melakukan pengacukan seterusnya. Contohnya, baka komposit lembu ialah brangus.
breederpembiak bakaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan mempunyai ciri yang dikehendaki untuk digunakan sebagai baka induk. Pembiak baka lazimnya terdiri daripada jenis baka tulen. Pembiakan haiwan pembiak baka bertujuan untuk menghasilkan haiwan yang berkualiti.
breeder stockstok pembiak bakaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSekumpulan ternakan haiwan jantan dan betina yang digunakan untuk suatu program pembiakbakaan. Stok pembiak baka mestilah mempunyai ciri yang terbaik untuk sesuatu baka agar generasi baka seterusnya dapat dikekalkan. Pemilihan stok pembiak baka tidak terhad pada ciri seperti kesusukan badan dan tahap prestasi haiwan dalam penghasilan susu, telur dan bulu. Sebaliknya ciri yang perlu diberikan perhatian adalah dari segi kesihatan, ketahanan fizikal dan kualiti produk yang dihasilkan.
breed crosskacukan bakaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kacukan dua baka haiwan ternakan yang berbeza. Kacukan baka bertujuan untuk mendapatkan hasil yang mempamerkan ciri hebat (kadar tumbesaran yang baik dan pengeluaran susu yang banyak) daripada baka induk.
crossbreedingpengacukanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pembiakan untuk menghasilkan anak atau keturunan dengan mengawankan dua spesies atau baka yang berbeza. Pengacukan ini bertujuan untuk menghasilkan satu baka baharu dengan ciri terbaik yang diwarisi daripada baka induk.
breedbakaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSekumpulan haiwan ternakan yang mempunyai perlakuan, fenotip dan keturunan homogenus. Baka sesuatu kumpulan dalam spesies yang sama dapat dibezakan.
half-bredbaka setengah kacukanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan kacukan yang dihasilkan daripada pengawanan antara salah satu induknya yang merupakan baka tulen.
breed evaluation criteriakriteria penilaian bakaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCiri terpenting pada haiwan ternakan yang dipilih oleh pengeluar untuk pembiakan. Kriteria penilaian baka harus khusus bagi sesuatu ciri, boleh diukur dan tercapai. Kriteria ini lazimnya bergantung rapat dengan keuntungan yang akan dihasilkan oleh setiap trait yang dipilih.
bull selectionpemilihan lembu jantan dewasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pemilihan haiwan bagi dijadikan baka induk untuk pembiakan. Pemilihan lembu jantan dewasa ini berdasarkan baka dan keturunan serta bentuk badan atau konformasi.
sheepbiri-biriPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan ruminan kecil yang diternak untuk penghasilan daging dan wul. Biri-biri dibahagikan kepada baka biri-biri wul seperti merino dan baka biri-biri rerambut seperti santa ines.
1234

Kembali ke atas