Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keluarga (yg menurunkan), asal keturunan (ayah dll); 2. benih (haiwan atau tumbuhan); membuang ~ menyimpang drpd sifatnya (asalnya) yg turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dll); saka ~ (keluarga) yg menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;pembakaan perihal memperkembang baka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baka I

Peribahasa

Bapa burik anaknya tentu rintik.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breedkacuk; baka; biak bakaPerhutananTiadaTiada
breedkacuk; baka; biak bakaPertanianTiadaTiada
composite breedbaka kompositPertanianAgroteknologiBaka terbaik yang dipilih daripada hasil kacukan silang antara beberapa baka terpilih.
seed classificationpengelasan biji benihPertanianAgronomi

 Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan.

breeding methodkaedah pembiakbakaanPertanianAgronomi

Kaedah yang digunakan untuk  menambah baik baka sesuatu tanaman atau ternakan. Kaedah pembiakbakaan klasik berasaskan pemilihan baka daripada populasi yang besar untuk mendapatkan ciri tertentu seperti tanaman yang mempunyai bunga yang menarik. Baka yang dipilih akan digandakan untuk mewujudkan varieti baru. Kaedah ini juga melibatkan kacukan antara baka untuk mendapatkan kepelbagaian yang lebih besar dan pemilihan dibuat daripada progeni kacukan. Kaedah pembiakbakaan moden pula menggunakan pendekatan molekular melalui pengenalpastian gen yang memberi sesuatu ciri. Gen ini akan dipindahkan ke sesuatu baka melalui kejuruteraan genetik untuk mendapatkan ciri yang dikehendaki.

Budwood nurserySemaian kayu mata tunasPertanianAgronomi

Kawasan khas yang ditanam dengan baka terpilih, untuk menghasilkan kayu mata tunas bagi tujuan membuat cantuman mata tunas dalam usaha membiak baka. Kawasan tersebut biasanya menempatkan sebilangan baka terpilih yang mesti dilabel setiap pokok untuk memudahkan pengesanan baka. Apabila diperlukan, cabang pokok kayu mata tunas dicantas supaya mengeluarkan banyak mata tunas.

breeder seedbiji benih pembiak bakaPertanianAgronomi

Biji benih terpilih hasil daripada program pembaikbakaan yang pengeluarannya diselia oleh institusi pembaik baka berkenaan. Seorang pembaikbaka yang berkelayakan akan membekalkan biji benih asal dan memantau penanaman biji benih itu dan pengutipan hasil biji benih untuk menjamin ketulenan baka biji benih berkenaan.

crossbredbaka kacukanVeterinarTiadaHasil daripada proses percantuman baka yang berlainan jenis.
backcross breedingbiak baka kacuk balikPertanianAgronomi

Program biak baka yang menggunakan kaedah kacuk balik. Fasa pertama program ini adalah untuk mendapatkan hibrid dengan kacukan dua induk yang berbeza sifatnya. Fasa kedua melibatkan kacuk balik hibrid dengan induk yang terpilih.

recombinant inbred (RI) linetitisan biak baka dalam rekombinanBiologiGenetikTitisan biak baka dalam yang setiap satunya merupakan terbitan secara bebas daripada suatu generasi F2 yang terhasil daripada kacukan dua titisan progenitor pembiakbakaan dalam yang tidak ada pertalian.
12345678910...

Kembali ke atas