Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kau] | باکاو

Definisi : sj tumbuhan (pokok di pantai), berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, tengar, lenggadai putut, beus, bangkita, Rhizophora spp., Ceriops spp., Bruguiera spp.; jenis-jenisnya: ~ akik = ~ akit; ~ bakap = ~ belukap = ~ gelukap = ~ hitam = ~ jangkar = ~ kurap = ~ minyak dll; ~ bukit sj tumbuhan (pokok) di kawasan yg bergunung-gunung, Illicium cambodianum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kau] | باکاو

Definisi : nama sj pokok yg tumbuh di tepi-tepi pantai, Rhizophora spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakau

Puisi
 

Pokok berembang pokok bidara,
     Tumbang berpaut di dahan bakau;
Kalau tuah memang ada,
     Jatuh ke laut menjadi pulau.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brackish water fishikan air payauPerikananAkuakulturIkan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 ­– 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak.
accretionendap timbusSains MarinTiadaProses pemendapan sedimen melalui pergerakan hakisan dan lelasan air laut yang berlaku secara beransur-ansur. Contohnya, sedimen yang terdapat di zon hadapan kawasan paya bakau.
marine ecosystemekosistem marinSains MarinTiadaEkosistem akuatik bumi yang paling besar meliputi dua pertiga permukaan bumi. Ekosistem marin merangkumi semua jenis ekosistem di laut, termasuk ekosistem rawang, ekosistem pantai, ekosistem bakau, ekosistem terumbu karang, ekosistem laut dalam dan sebagainya.
ecosystem impactkesan ekosistemTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKesan negatif terhadap organisma hidup dan persekitaran disebabkan oleh aktiviti manusia atau fenomena semula jadi. Contohnya, hakisan tepi pantai disebabkan oleh penebangan pokok bakau.

Kembali ke atas