bacterial culture | kultur bakteria | Perikanan | Akuakultur | Pembiakan bakteria dalam media buatan di persekitaran yang terkawal. Kultur bakteria digunakan untuk pengenalan, pengelasan dan pencirian spesies bakteria serta kajian lanjutan dalam mengenal pasti kesan akibat jangkitan bakteria tersebut pada ikan. |
corynebacterium | korinebakterium | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Bakteria rod daripada Genus Actinomycetes bersifat Gram positif, tidak berspora dan psikotropik. Beberapa spesies bakteria ini seperti C. bovis dan C. diphthetriae merupakan patogen kepada manusia dan haiwan. Bakteria rod terdapat dalam susu mentah, alat pemprosesan susu dan hasil tenusu. |
bacteria | bakteria | Fizik | Nanoteknologi | Kumpulan organisma mikroskopik yang terdiri daripada sejumlah bilangan bakterium. Organisma yang menyebabkan penyakit ialah bakteria dan teramat kecil bersaiz antara 0.5 mikron - 5.0 mikron. Contohnya, patogen. Lihat juga bakterium. |
endotoxin | endotoksin | Kejururawatan | Tiada | Toksin yang terkandung dalam bakteria dan dibebaskan hanya apabila sel bakteria mati dan terurai. |
plasmids | plasmid | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gelungan DNA yang wujud di luar kromosom bakteria dan secara lazimnya menyumbangkan beberapa fungsi yang penting kepada bakteria. |
bacteriology | bakteriologi | Perikanan | Akuakultur | Cabang ilmu sains yang mengkaji bakteria, khususnya yang menyebabkan penyakit pada ikan. Kajian ini kebiasaannya merangkumi pengenalan, pengelasan, pencirian dan semua aspek berkaitan dengan spesies bakteria yang menjangkiti ikan. |
bactericidal | bakterisidal | Herba | Pemiawaian | Kaedah rawatan yang berupaya memusnahkan bakteria. Antara kaedah bakterisidal yang biasa digunakan ialah pemanasan, penapisan, radiasi dan rawatan menggunakan bahan kimia. Contohnya, penggunaan ekstrak sirih (Piper bettle) untuk mencegah jangkitan bakteria. |
bacteriostatic | bakteriostatik | Herba | Pemiawaian | Kaedah rawatan yang berupaya merencat pertumbuhan bakteria. Kaedah bakteriostatik yang biasa digunakan adalah seperti penyejukbekuan dan penyimpanan pada tahap kelembapan yang rendah. Contohnya, ekstrak serai wangi (Cymbopogon nardus) dan lengkuas (Alpinia galanga) digunakan untuk memperlahankan pertumbuhan bakteria. |
total viable aerobic count | kiraan aerob viabel total | Herba | Tiada | Kaedah pengiraan kuantitatif bakteria mesofilik dan fungus yang tumbuh dalam keadaan aerob. Ujian ini menentukan sama ada bahan mentah dan sediaan herba yang dinyatakan dalam monograf mematuhi syarat piawai yang ditetapkan. Unit yang digunakan ialah cfu (colony-forming unit) setiap gram atau mililiter sampel. Kaedah ini melibatkan pertumbuhan mikroorganisma menggunakan 1 mililiter larutan air herba dalam plat agar berdiameter 9 cm yang diinkubasi pada 30 - 35 �C selama 48 - 72 jam. Bilangan koloni bakteria dan fungus dikira berdasarkan purata kiraan dari dua plat dan dinyatakan sebagai bilangan bakteria atau fungus bagi setiap gram atau setiap mililiter sampel asal. |
anthrax | antraks | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi. |