bamboo basketry | anyaman bakul buluh | Buluh | Tiada | Bakul yang dihasilkan daripada anyaman buluh. |
P. panier | panier | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bakul besar yang diperbuat daripada kayu atau rotan beranyam, yang mempunyai pemegang yang mula digunakan pada tahun 1250 - 1300 Masihi sebagai bakul roti, terutamanya di Perancis. |
basque pelota | basque pelota | Sukan | Tiada | Permainan bola yang dipukul pada dinding dengan menggunakan bakul panjang yang diikat pada pergelangan tangan pemain. Permainan ini berasal dari Sepanyol. |
rattan | rotan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis tumbuhan palma memanjat yang terdapat di kawasan Asia. Rotan yang sudah dikeringkan dianyam untuk membuat tikar, bakul, raga, kerusi, perabot dan peralatan perhiasan. Biasanya, batang rotan dikupas dan kulitnya dijadikan bahan anyaman, manakala empulurnya digunakan untuk membuat perabot dan pelbagai barangan lain. Rotan dalam bentuk mentah atau sudah diproses menjadi bahan pilihan kerana ringan, tahan dan mudah lentur. Seperti kayu, rotan juga boleh dicat atau disudahkan dengan lumuran pelbagai warna lain. |
inexact rhyme | rima tak tepat | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit. |
caryatid | kariatid | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk ukiran perempuan yang digunakan sebagai tiang untuk menyokong entablatur atau sebarang struktur yang serupa dengannya. Kariatid sering juga dirujuk sebagai jenis tiang atau penyokong yang berukir dengan bentuk manusia atau binatang. Contohnya, atlantes (kariatid lelaki), canephorae (perempuan menjunjung bakul), herms (perempuan tiga per empat badan atau tubuh di atas pedestal), telamones (nama lain bagi atlantes) dan terms (pedestal yang menonjol ke atas sebagai bentuk manusia, binatang atau bentuk yang bermitos). |
lullaby | dodoi | Kesusasteraan | Tiada | Lagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul. |
Cyperus papyrus | Cyperus papyrus | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan. |