ballad stanza | stanza balada | Kesusasteraan | Puisi | Bait yang terdapat dalam sesebuah puisi balada. Balada merupakan suatu cerita atau epik yang panjang. Contohnya, puisi "Balada Langit Tua Manusia Sengketa" dalam kumpulan Duri dmz Api karya Usman Awang. |
ballad | balada | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni. |
popular ballad | balada popular | Kesusasteraan | Tiada | Puisi naratif yang tidak diketahui penulisnya dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Juga dikenali sebagai sebagai balada rakyat atau balada tradisional. Sinonim balada tradisional |
balada tradisional | balada tradisional | Kesusasteraan | Tiada | Lihat balada popular |
folk ballad | balada rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang biasanya dipersembahkan secara nyanyian. Balada rakyat merupakan salah satu bentuk seni sastera yang awal dan wujud dalam tradisi lisan. Balada rakyat tidak mempunyai nama pengarang, sebaliknya dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan. Balada rakyat biasanya ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dari segi susunan plot serta bahasa. Balada ini lahir dalam masyarakat pratulisan dan dipersembahkan secara nyanyian lisan. Tema balada rakyat mementingkan nilai yang bersifat heroik atau kewiraan watak yang penting dalam masyarakat tradisi. Oleh sebab balada rakyat berkembang secara lisan, maka wujud pelbagai tokok tambah dan penceritaannya dari semasa ke semasa. Contohnya, Liyangkit Parang Sabil di Selatan Filipina yang menceritakan kisah pahlawan Islam menentang penjajahan Sepanyol. |
art ballad | balada seni | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera. |
literary ballad | balada sastera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi naratif yang diketahui penulisnya, dan berbentuk balada baharu yang lebih panjang berbanding dengan balada rakyat. |
lyrical ballad | balada lirik | Kesusasteraan | Puisi | Balada yang mengandungi kisah atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang tokoh yang sarat dengan nada dan unsur romantis dan sentimental serta curahan perasaan pengarang. Aspek-aspek perasaan yang diungkapkan itu akan menyentuh perasaan khalayak apabila balada itu dideklamasikan. |
ballad | balada | Kesusasteraan | Puisi | Sajak, puisi, kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh yang lazimnya bernada romantis dan sentimental. Pada asalnya balada diciptakan untuk dinyanyikan sebagai hiburan. Balada terbentuk daripada rangkap atau bait dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris seperti pantun atau syair. Walau bagaimanapun rima akhirnya berbentuk a b c b. |
literary ballad | balada sastera | Kesusasteraan | Puisi | Pemikiran dan amanat pengarang diungkapkan dalam bentuk naratif atau cerita. Lazimnya balada sastera dalam genre puisi ini disampaikan dalam bentuk berangkap yang terdiri daripada empat baris. Setiap rangkap mempunyai rima a b c b. Asalnya balada sastera ini diciptakan bertujuan untuk dinyanyikan . |