Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok), pauh punggah, Aralidium pinnatifidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : 1. balai kecil yang digunakan oleh bomoh (pada masa mengubati orang dan lain-lain); 2. Jw bebalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai.ba.lai] | بالاي ٢

Definisi : sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balai-balai

Puisi
 

Sinangan balai batang kapas,
     Ramai orang pasar tua;
Anak menuang laut lepas,
     Tergadai si emak tua.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balai puisibalai puisiKesusasteraanPuisiTempat mengadakan sesuatu aktiviti yang berhubung dengan dunia puisi.
ancestral hallbalai leluhurKeagamaanTiadaBangunan peringatan yang digunakan untuk menghormati roh nenek moyang dan memperingati hari kelahiran serta kematian mereka.
halldewan/balai; tengah rumahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Hall of FameBalai KemasyhuranKesenianTiadaTempat mempamerkan segala pengiktirafan, pencapaian dan sumbangan individu terkenal/tertentu dalam sesuatu aktiviti atau bidang tertentu.
public halldewan orang ramai/balai rayaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
declamationdeklamasiKesusasteraanPuisiPembacaan puisi lazimnya disertai dengan lagu dan gaya di hadapan khalayak dalam dewan, balai atau di dalam sesebuah kelas.
pollspusat mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganTempat pembuangan undi yang lazimnya diadakan di kawasan awam seperti sekolah, balai raya, pejabat kerajaan atau dewan serba guna. Pusat mengundi ini sentiasa dikawal oleh anggota keselamatan bagi menjamin kerahsiaan dan keselamatan. Hanya pengundi berdaftar dibenarkan memasuki pusat ini. Wakil calon atau perayu undi pula tidak dibenarkan berada berdekatan dengan pusat ini. Contoh pusat mengundi ialah sekolah rendah atau sekolah menengah bagi kebanyakan kawasan di Malaysia.
community centrepusat komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBangunan yang dikhususkan untuk kegunaan awam bagi masyarakat setempat seperti perpustakaan, balai raya, dan surau.
community facilitieskemudahan komunitiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKemudahan yang disediakan untuk orang ramai. Contohnya seperti sekolah, perpustakaan, masjid, hospital, balai polis, dan sebagainya.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.
12

Kembali ke atas