Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perhitungan (bilangan penduduk, lalu lintas, dll): menurut ~ tahun 1982, penduduk negeri itu berjumlah dua juta orang;membanci 1. menghitung, mengira (penduduk, lalu lintas, dll): Pejabat Tanah sedang ~ orang yg mendirikan rumah di kawasan itu; 2. Pr membahagi sama banyak;bancian hasil drpd membanci;pembancian kerja-kerja membanci: ~ penduduk telah dijalankan di negara ini;pembanci orang yg ditugasi utk membanci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banci I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
censusbanciEkonomiTiadaProses pengumpulan data yang melibatkan semua unsur dalam populasi yang ditentukan dalam kajian. Misalnya, banci penduduk yang bertujuan untuk mendapat maklumat tentang jumlah bilangan mengikut jantina, umur, kaum, dan daerah.
population censusbanci pendudukPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pengiraan lengkap ke atas keseluruhan penduduk sesebuah negara pada masa tertentu mengenai ciri-ciri penduduk seperti jantina, umur, taraf pendidikan, dan maklumat isi rumah.
primary datadata utamaEkonomiTiadaData yang diperoleh melalui banci atau soal selidik.
public opinionpendapat awamSains PolitikPolitik PerbandinganPandangan , sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui pungutan pendapat terhadap satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu perkara. Pendapat umum ini dianggap pendapat masyarakat walaupun ia hanya diperoleh daripada sebahagian kecil masyarakat tersebut. Pendapat ini diperoleh melalui kaedah banci, temu bual, intenet dan telefon. Tinjauan pendapat ini diadakan dari semasa ke semasa sekiranya isu atau perkara itu masih dalam perhatian orang ramai. Contohnya, pendapat umum terhadap persaingan kerusi Presiden Amerika Syarikat antara Kerry dan Bush pada tahun 2004.

Kembali ke atas