Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat atau pusat yg ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota; ~ kembar bandar yg menjalin hubungan istimewa dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza; ~ pelabuhan bandar yg merupakan pelabuhan; ~ satelit bandar atau bandar raya yg bergantung pd industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dgn bandar berdekatan yg lebih besar; ~ taman bandar yg pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dgn taman rekreasi awam dan pokok yg subur serta dilengkapi dgn kemudahan jalan raya yg lebar; ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi; datuk ~ orang yg mengetuai majlis sesebuah bandar raya; luar ~ kawasan yg terletak jauh dr kawasan bandar, kampung, desa; pinggir ~ kawasan di sekeliling kawasan bandar; pusat ~ kawasan di dlm bandar tempat tertumpunya pejabat-pejabat (bangunan-bangunan kerajaan, gedung membeli-belah, dsb); ~ terbuka dagangan murah, badan sudah tua prb keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);membandarkan menjadikan sesuatu (kawasan luar bandar) bersifat bandar;bandaran segala sesuatu bkn bandar: majlis ~;kebandaran 1. segala yg berkaitan dgn fungsi, keistimewaan yg ada dlm sesebuah bandar: keempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dgn tempat-tempat lain di Malaysia; 2. bersifat spt orang bandar (moden, canggih, dll): gaya hidup golongan elit lebih ~;perbandaran 1. yg berkaitan dgn bandar (pd pelbagai aspek spt pentadbiran dll): kawasan ~ Kuala Lumpur; 2. ark pabean, pejabat pelabuhan;pembandaran usaha dsb menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kpd corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran (spt perindustrian, pembangunan, dll), urbanisasi: mereka seolaholah dapat melihat alam semula jadi yg sebenarnya telah luput akibat proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar I

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Upah lalu,
     bandar tak masuk.

Bermaksud :

Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rural-urban continuumkontinum desa-bandar/kontinum bandar-luar bandarGeografiTiadaPendekatan polar - tipologi untuk membezakan komuniti bandar daripada luar bandar.
rural-urban migrationpenghijrahan luar bandar ke bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar.
urbanizationurbanisasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiada(1) Perpindahan atau penghijrahan dari luar bandar ke bandar. (2) Perkembangan saiz sesebuah bandar. (3) Peningkatan taraf petempatan daripada bukan bandar menjadi bandar.
rural-urban continuumkontinum desa-bandar/kontinum bandar-luar bandarKependudukanTiadaTiada
rural-urban continuum of healthcarekontinum jagaan kesihatan luar bandar-bandarKejururawatanTiadaKesinambungan penjagaan kesihatan dari luar bandar ke bandar.
hierarchical diffusionhierarki resapanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pemindahan kemajuan dan teknologi dari bandar- bandar besar ke bandar sederhana kemudiannya ke bandar kecil dan seterusnya ke kawasan luar bandar.
urban environmentpersekitaran bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan alam sekitar di seluruh bandar atau bandar raya.
hierarchical diffusionresapan hierarkiSosiologiTiadaProses pemindahan kemajuan dan teknologi dari bandar-bandar besar ke bandar sederhana kemudiannya ke bandar kecil dan seterusnya ke kawasan luar bandar.
princely capitalbandar berajaSains PolitikPolitik PerbandinganBandar yang menjadi ibu negeri atau pusat pentadbiran kepada negeri yang diperintah oleh keturunan raja. Bandar ini menjadi pusat pentadbiran, aktiviti ekonomi yang utama serta menjadi tumpuan imigran dari dalam atau luar bandar. Contohnya, bandar Hyderabad di India. Sinonim bandar berdaulat.
rural-urban migrationpenghijrahan desa-bandarGeografiTiadaProses pemindahan yang berlaku dari luar bandar ke bandar terutamanya disebabkan tarikan pekerjaan.
12345678910...

Kembali ke atas