onomatopoeia | onomatopia | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau gabungan perkataan yang bunyinya meniru bunyi yang dideskripsikan. Contohnya, bunyi �hiss�, �buzz� dan �bang�. Contoh penggunaan onomatopia dalam puisi bertajuk �Come Down, O Maid� oleh Tennyson adalah seperti yang berikut: The moan of doves in immemorial elms, And murmuring of innumerable bees. Dalam contoh di atas, onomatopia ditampilkan melalui ulangan konsonan �m�. Bunyinya boleh bersifat lunak atau sebaliknya. Browning dalam sajaknya berjudul �Meeting at Night� memimikkan mukanya untuk menghasilkan bunyi yang menggangu ketenangan derianya. Contoh: A tap at the pane, the quick sharp scratch, And blue spurt of a lighted match Dalam contoh di atas, gangguan deria dicetuskan oleh perkataan yang terputus-putus dan bunyinya yang kasar. Dalam sastera Arab, bait-bait sajak Imru� al-Qays berbunyi: �mikarri mifarri, muqbilin mudbirin ma�an/ ka-julmudi sakhrin hattahu al-saylu min �ali�. Istilah onomatopia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �menamakan�. |
decasyllabic | dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910 |