Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.kit] | بڠکيت

Definisi : 1. jaga drpd tidur; 2. berdiri drpd duduk atau tidur: ia ~ drpd duduk; 3. hidup kembali: ~ dr kubur; 4. naik (ke udara): debu ~ ke udara; 5. terbit, datang (keadaan, perasaan dll); ~ gilanya datang gilanya; ~ marahnya terbit marahnya; ~ hatinya timbul keberaniannya; 6. kembang, muai (adunan): kek yg saya buat tidak ~; 7. sedar dan bergerak utk mencapai kemajuan, sedar dan maju;berbangkit 1. timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dsb); perkara ~ perkara (hal atau soal) yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yg lalu; 2. berbalik (bkn penyakit); membangkit 1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll;membangkitkan 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera;bangkitan 1. = bangkit-bangkitan soal lama yg dibongkar-bongkar; 2. Mn hasil tanaman; 3. ucapan-ucapan bomoh utk membangkit orang halus (dlm permainan puteri);kebangkitan 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri;pembangkitan perihal (perbuatan, kegiatan, dsb) membangkitkan sesuatu atau seseorang;pembangkit 1. orang yg membangkitkan (perkara lama dll); 2. alat yg membangkitkan; ~ tenaga elektrik Id alat yg membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.kit] | بڠکيت

Definisi : 1 berdiri drpd duduk atau drpd berbaring: Beliau ~ dr katilnya lalu duduk di atas kerusi. 2 terjaga drpd tidur; bangun: Tiap-tiap hari, saya ~ pd pukul enam pagi. 3 = berbangkit timbul; terbit (bkn perasaan marah dll): ~ marahnya apabila dia melihat adiknya dipersendakan orang. 4 naik (bkn adunan, debu dll). berbangkit 1 timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dll): perkara ~ perkara yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan catatan atau minit mesyuarat yg lalu. 2 berbalik (bkn penyakit). membangkit-bangkit menyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita. membangkitkan 1 menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2 menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. kebangkitan 1 hal bangkit: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2 hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. pembangkitan usaha atau hal membangkitkan (fahaman, kesedaran dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangkit

Puisi
 

Rumah kecil tiangnya empat,
     Bangkit pagi merebus ketupat;
Pecah tempurung katak melompat,
     Barulah tahu timur dan barat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resistance exercisesenaman rintanganMakanan dan PemakananTiadaAktiviti fizikal yang menggunakan kekuatan otot untuk mengangkat berat atau menjalankan kerja melawan beban rintangan. Berat badan seseorang juga boleh digunakan bagi membekalkan rintangan seperti apabila seseorang melakukan aktiviti bangkit tubi dan mendagu.

Kembali ke atas