Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.ku] | بڠکو

Definisi : 1. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar, dibuat drpd kayu, batu, dsb utk dua orang atau lebih; 2. tempat duduk, biasanya tanpa tempat sandar atau tempat letak tangan, disokong oleh tiga atau empat kaki, biasanya utk seorang; 3. meja yg berkaki tempat bertukang (menggergaji dll); ~ lipat bangku yg dapat dilipat; ~ kaki bangku kecil dan rendah tempat meletakkan kaki semasa duduk di atas kerusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.ku] | بڠکو

Definisi : tempat duduk yg dibuat drpd papan dsb dan diberi berkaki, biasanya tiada tempat bersandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangku

Puisi
 

Anak siapa duduk di bangku,
     Beli limau taruh di saku;
Singa mengaum di celah batu,
     Takut rimau sorokkan kuku.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
garden stoolbangku tamanKesenianHiasan DalamanBangku tempat duduk di kawasan taman yang diperbuat daripada bahan tahan cuaca, seperti kayu, batu, logam atau porselin.
duchesse-briseeduchesse-briseeKesenianHiasan DalamanKerusi panjang yang mempunyai penyandar di hujungnya dan sebuah bangku sebagai tempat meletakkan kaki. Kerusi ini banyak digunakan pada abad ke-19.
landscape furnitureperabot landskapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerkakasan yang digunakan untuk melengkapi landskap seperti bangku, wakaf, dan tiang lampu yang terdapat di taman dan kawasan rekreasi.
duchesseduchesseKesenianHiasan DalamanSet tempat duduk untuk bilik istirahat yang terdiri daripada dua buah kerusi Ottoman, yang dihubungkan dengan bangku. Set ini banyak digunakan pada abad ke-19.
Egyptian stylegaya MesirKesenianHiasan DalamanGaya perabot yang diperkenalkan pada zaman Mesir purba dari tahun 4000 SM hingga 300 M, yang berasaskan bentuk-bentuk piramid, batu obelisk, monolit, pilon dan tiang teratai. Bentuk perabot ini mengandungi peti, meja, kerusi lipat dan bangku berkaki silang serta tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Motif yang biasa digunakan adalah seperti cakera solar, sfinks, kambing gurun, mensiang, lili atau bakong.
idiomidiomKesusasteraanTiadaCara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain.

Kembali ke atas