Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah: kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.jir] | بنجير

Definisi : 1 air yg terlalu banyak sehingga melimpah; air bah: Banyak tanaman yg rosak kerana dilanda ~. 2 berair banyak hingga melimpah: Sungai itu ~. 3 ki terlalu banyak; berlimpah-limpah. membanjir ki menjadi spt banjir. membanjiri 1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi. kebanjiran 1 dilanda banjir (bkn sesuatu,kawasan, tempat dsb); 2 ki dipenuhi (barang, manusia dll): Kawasan itu sekarang ~ barang-barang buatan luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flood-control worksbinaan kawalan-banjirHidrologiTiadaPermatang, tebing atau binaan lain di sepanjang sungai yang direka bentuk untuk mengehadkan banjir kepada suatu alur tertentu atau waduk kawalan banjir atau menghalakannya di sepanjang laluan banjir yang dirancang. (GHM)
stagnant floodwaterbanjir genangAlam SekitarTiadaBanjir disebabkan air yang tidak surut melebihi sesuatu tempoh masa walaupun hujan sudah tidak turun lagi kerana tidak dapat mengalir ke kawasan lebih rendah disebabkan oleh faktor pasang surut laut, topografi ataupun saliran air yang tersumbat.
flood flowaliran banjirHidrologiTiadaIsi padu air yang mengalir melintasi suatu keratan sungai per unit masa di waktu banjir.
floodedbanjirKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKeadaan silinder enjin yang menerima campuran udara-bahan api yang terlalu banyak.
flood insurancesinsurans banjirinsuransTiadaKontrak insurans yang menawarkan perlindungan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh air yang melimpah atau naik. Polisi ini boleh dibeli sebagai perlindungan tambahan kepada kontrak insurans kebakaran dan marin.
flood preventionpencegahan banjirKejuruteraanTiadaTiada
flood preventionpencegahan banjirGeografiTiadaTiada
houseowner's insuranceinsurans empunya rumahinsuransTiadaInsurans rumah kediaman untuk melindungi kerugian akibat kebakaran, kecurian, banjir dan liabiliti.
water damage insuranceinsurans rosak airinsuransTiadaInsurans yang memberikan perlindungan ke atas kerosakan harta akibat angin ribut, banjir atau tangki air serta kelengkapan dan paipnya pecah atau melimpah. Kerosakan akibat kebocoran alat perenjis air boleh diinsuranskan berasingan.
global warmingpemanasan globalPelanconganTiadaPeningkatan suhu dunia disebabkan oleh proses pembangunan yang tidak terancang dan mengakibatkan bencana alam, seperti banjir kilat, dan kepupusan spesies flora dan fauna.
12

Kembali ke atas