Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tut] | بنتوت

Definisi : terhalang atau tersekat (pekerjaan, pertumbuhan pokok, dll), tidak dapat mencapai kejayaan (kerana terhalang dsb);membantut, membantutkan menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka?; rasuah akan ~ usaha pembangunan negara;terbantut terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dll), tidak jadi, tidak selesai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tut] | بنتوت

Definisi : Pl ikan bakar (yg dimasukkan rempah-rempah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tut] | بنتوت

Definisi : , = terbantut 1 tidak jadi atau tidak dpt diteruskan (kerana terganggu dsb); terhalang. 2 tidak dpt membesar (ttg tumbuh-tumbuhan dsb); terencat. membantutkan menyebabkan jadi terhalang; menyekat; menghalang: Rasuah akan ~ usaha pembangunan negara. terbantut terhalang atau tersekat lalu tidak dpt diteruskan, tidak tumbuh, tidak berkembang, tidak mencapai kemajuan dsb: Usaha itu ~ kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stop bathcecah bantutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu langkah mencuci filem untuk memberhentikan tindak balas bahan kimia pembangun yang berkeadaan alkali. Bahan kimia yang digunakan bersifat asid, pada suhu dan masa tertentu, serta dilakukan di dalam bilik gelap.
film processingpemprosesan filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLangkah yang diperlukan untuk mencuci filem dalam kaedah radiografi seperti pembangun filem, larutan bantut, penetap, basuhan dan pengeringan. Setiap langkah ini dilakukan di dalam tangki pencuci yang mempunyai bahagian yang berbeza-beza pada suhu dan masa tertentu berdasarkan spesifikasi pengeluar filem.
darkroom equipmentperalatan bilik gelapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPeralatan yang terdapat di dalam bilik gelap untuk tujuan pemprosesan filem. Contohnya, lampu cahaya selamat, tangki pencuci, tangki cecah bantut, tangki penetap, tangki air dan pengering.
clerihewsyair ejekanKesusasteraanPuisiSyair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Kembali ke atas