Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carmenkarmenKesusasteraanPuisiBaris pertama puisi berperanan sebagai pembayang yang mengandungi nada sindiran. Contohnya, Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.
density functional theoryteori fungsi ketumpatanFizikNanoteknologiSatu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan.
polyuriapoliuriaVeterinarTiadaKeadaan apabila urin banyak dan kerap dikeluarkan. Poliuria boleh berlaku apabila air banyak diminum ataupun disebabkan oleh penyakit seperti diabetes melitus dan penyakit ginjal polisista.
adipose cellsel adiposBiologiTiadaSel yang banyak mengandungi lemak. Biasanya haiwan atau manusia yang gemuk banyak mempunyai sel ini. adiposit.
polygynandrypoliginandriPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan banyak haiwan betina mengawan dengan banyak haiwan jantan secara rawak. Contoh, haiwan yang mengamalkan poligiandri ialah monyet Bonobos dan ikan hering.
archaismarkaismeKesusasteraanTiadaPenggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti �thye�, �thee�, atau �morn� merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu.
mating systemsistem mengawanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu corak pengawanan dalam kalangan haiwan. Sistem mengawan berlainan untuk jenis haiwan yang berbeza. Contohnya, haiwan jantan yang mengawan dengan banyak haiwan betina atau haiwan betina yang mengawan dengan banyak haiwan jantan. Terdapat empat jenis sistem mengawan, iaitu monogami, poliandri, poligini dan poliginandri.
SeleniumSeleniumTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis unsur kimia bukan logam dengan nombor atom 34 dan diukur dalam unit Se. Selenium banyak digunakan dalam industri sebagai semikonduktor atau fotosel dan mempunyai 7 isotop yang stabil. Selenium boleh hadir sebagai toksik jika berada dalam kuantiti yang banyak. Selenium-75 merupakan radioisotop Selenium yang sering digunakan dalam radiografi industri sebagai punca sinaran.
Salami attackserangan SalamiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami.
quantitykuantitiKesusasteraanTiadaBanyak, jumlah sesuatu.
12345678910...

Kembali ke atas