Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sustainable fashionfesyen lestariKesenianTiadaFesyen pakaian yang diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar, seperti fabrik kitar semula. Fesyen ini juga tidak banyak menggunakan tenaga kerja.
adobeadobKesenianHiasan DalamanBahan binaan batu jemur yang diperbuat daripada campuran tanah liat dan jerami, untuk menghasilkan blok atau bata. Bahan ini dihasilkan dengan cara menjemurnya di bawah cahaya matahari dan banyak digunakan dalam kerja pembinaan di Sepanyol, Afrika dan Amerika Latin.
amorphous computingpengkomputeran amorfusFizikNanoteknologiPengkomputeran yang berasaskan bilangan peranti ringkas yang geriak (terlalu banyak) sebagai ganti kepada bilangan kecil mikropemproses megalitik. Setiap peranti hanya dapat menjalankan beberapa kerja mudah dan boleh gagal tanpa menjejaskan sistem keseluruhan. Algoritma adalah rumit dan direka bentuk dengan mengambil kira keterbatasan kemampuan setiap unsur serta kemungkinan kegagalan unsur tersebut. Sinonim pengkomputeran geriak.
crocketkroketKesenianHiasan DalamanSejenis dekorasi berbentuk cangkuk yang banyak digunakan dalam gaya seni bina Gotik. Dekorasi berbentuk ukiran bunga dan daun beralun yang digunakan pada finial. Dekorasi ini juga digunakan sebagai perhiasan pada perabot dan kerja logam. Kroket berasal daripada perkataan Perancis croc yang bermaksud cangkuk.
crocketkroketKesenianHiasan DalamanSejenis dekorasi berbentuk cangkuk yang banyak digunakan dalam gaya seni bina Gotik. Dekorasi berbentuk ukiran bunga dan daun beralun yang digunakan pada finial. Dekorasi ini juga digunakan sebagai perhiasan pada perabot dan kerja logam. Kroket berasal daripada perkataan Perancis croc yang bermaksud 'cangkuk'.
beakheadkumai paruhKesenianHiasan DalamanKumai perhiasan berukir dan bergulung yang terdiri daripada barisan kepala burung, kepala binatang atau kepala manusia. Kumai perhiasan ini banyak digunakan pada era seni bina Norman, abad ke-16 hingga abad ke-18. Kumai paruh terletak pada bahagian paling hadapan kapal layar yang menjulur keluar serta berfungsi sebagai pelantar untuk pelayar melaksanakan kerja penyelenggaraan jongor.
populist groupkumpulan populisSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang berjuang untuk kepentingan golongan bawahan atau orang kebanyakan. Gerakan ini sering menggunakan isu kesusahan golongan tani, buruh dan pekerja bawahan lain untuk mendapatkan sokongan daripada golongan popular ini. Isu pekerjaan dan tempat kerja, perumahan dan kesesakan, pendapatan dan kemiskinan serta isu penindasan dan kebebasan merupakan isu utama yang dilaungkan oleh kelompok ini. Kumpulan populis berkembang di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19 yang banyak berjuang untuk kepentingan golongan tani. Contohnya Parti Populist yang dibentuk pada tahun 1892 di Amerika Syarikat.
kulakkulakSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan petani kaya yang menguasai perkembangan ekonomi luar bandar pada abad ke-19 di Rusia. Mereka memiliki tanah yang luas dan mengupah petani lain bagi mengerjakan tanah mereka dengan upah yang rendah. Tindakan ini menyebabkan kedudukan mereka dikritik hebat sebagai pemeras, terutamanya oleh parti komunis Rusia pada waktu itu. Selain menjadi tuan tanah, mereka juga menjadi sumber kepada petani bawahan meminjam wang, meminta kerja dan berbagai-bagai bentuk bantuan lain sehingga mereka menjadi golongan penting dalam masyarakat tani Rusia. Keadaan ini tidak banyak berbeza dengan hazienda di Amerika Latin dan zamindar di India.

Kembali ke atas