ratio of a transformer | nisbah pengubah | Teknik | Elektrik | Nisbah perhubungan antara bilangan belitan utama dengan belitan sekunder, misalnya 1:1 yang bererti belitan utama dan sekunder sama banyak. |
iodine | iodida | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol I, nombor atom 53, berat atom 126.905, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +5 dan +7, takat lebur 113.5oC, takat didih 184oC, wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak berkutub seperti alkohol, karbon disulfida, kloroform, eter, karbon tetraklorida, gliserol dan larutan iodida beralkali, dan larut sedikit di dalam air. iodin mempunyai banyak isotop radioaktif buatan. unsur ini diperoleh daripada air garam. iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji dan ubat. |
trading limit | had dagangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Merujuk kepada banyak mana harga sesuatu komoditi atau sekuriti boleh naik atau turun dalam hari dagangan. 2. Amaun dagangan yang dibenarkan kepada pelabur. |
millibar | milibar | Sains | Hidrometeorologi | Unit tekanan yang banyak digunkan dalam meteorologi. 1 milibar (mb) = 10-3 bar. = 103 baryes = 0.750062 mm raksa biasa |
fat body | jasad lemak | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Tisu yang banyak mempunyai saluran darah yang mengandungi globul lemak dan bersambung dengan gonad pada amfibia. 2. Organ subkulitan pada sepanjang sisi ventral Lacertilia dan akan membesar apabila musim membiak. 3. Tisu yang bentuknya tak menentu yang terdapat di seluruh tubuh serangga dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan. tisu adipos; korpus adiposum; epiplun. 4. Lemak yang disimpan sebagai makanan simpanan terutama pada biji tumbuh-tumbuhan. |
diffuse | resap; baur; samar; selerakan; melantur | Kesusasteraan | Tiada | 1. Melantur: Menggunakan terlalu banyak perkataan misalnya dalam penulisan. |
anion exchange capacity | keupayaan pertukaran anion | Pertanian | Agroteknologi | Jumlah anion boleh tukar yang berupaya diserap oleh tanah. Unitnya ialah milisetara per 100 gram (mEq/100 g) tanah. Contoh anion boleh tukar ialah Cl-1, NO3-1 dan SO4-2. Tanah yang tinggi keupayaan kadar pertukaran anion biasanya mengandungi banyak bahan liat atau bahan organik dan boleh menyimpan nutrien. |
hookworm | cacing kait | Perubatan | Tiada | Sejenis nematod usus kecil yang terdapat dengan banyak di negara tropika. Cacing kait manusia terdiri daripada dua spesies, iaitu Necator americanus dan Ancylostoma duodenale. Di Malaysia, terdapat lebih banyak N. americanus daripada A. duodenale. Panjang cacing kait dewasa ialah kira-kira 1 cm; yang jantan dicirikan dengan adanya bursa kopulasi di bahagian ekor. Cacing betina mengeluarkan lebih daripada 5000 telur setiap hari yang menetas dan menjadi larva infektif di tanah. Cacing ini menyebabkan ifeksi cacing kait. |
joist; stringer | gelegar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Kayu gergaji panjang berbentuk segiempat bujur yang mempunyai ketebalan kira-kira dua kali ganda daripada lebarnya, dan banyak digunakan untuk memasang lantai. Gelegar lantai biasanya dipasang selari di atas rasuk dan di bahagian bawah lantai. Sin: alang. 2. Kayu yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan, sebagai penyokong atau penyangga kepingan kayu yang lebih kecil daripadanya dan banyak digunakan dalam pembinaan jambatan, rumah, dan juga sebagai asas susunan kayu semasa keringan udara. |
napier grass | rumput gajah | Veterinar | Tiada | Rumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum. |