Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rah] | باره

Definisi : 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rah] | باره

Definisi : 1 sj penyakit bisul atau bengkak bernanah. 2 kanser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
limited policypolisi terhadinsuransTiadaPolisi insurans hayat yang membayar faedah apabila berlakunya peristiwa luar jangka yang ditetapkan sahaja, seperti barah. Ini berbeza dengan polisi yang memberi perlindungan ke atas segala kemalangan kecuali yang dinyatakan.
gold powderserbuk emasFizikNanoteknologiAdunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah.
magnetic resonance imaging (MRI)pengimejan resonans magnet (MRI)FizikNanoteknologiTeknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR).

Kembali ke atas