Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang] | بارڠ

Definisi : 1 segala macam perkakas rumah dan perhiasan: ~-~nya dijaga dgn baik. 2 benda secara umum atau sesuatu yg wujud: Saya hendak ke kedai membeli ~ makanan. kereta ~ kereta utk membawa bermacam-macam benda. 3 lebih kurang; kira-kira: Tolong belikan saya buah kundang ~ sekati. 4 apa-apa saja: ~ katanya, tidak dpt dibantah lagi. ~ gelap barang yg dibawa masuk atau keluar secara tidak sah (spt diseludup). ~ kemas barang pakaian wanita yg berharga yg dibuat drpd emas dsb (spt cincin, rantai leher). ~ keperluan barang yg diperlukan dlm kehidupan. ~ kes barang (spt senjata, dompet), dokumen dsb yg dikemukakan dlm mahkamah sbg bukti utk sesuatu kes perbicaraan. ~ mewah barang yg mahal dan indah yg dpt memberi kepuasan tetapi bukan barang keperluan. ~ niaga barang yg diperniagakan. barangan ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barang

Puisi
 

Cincin ini dari Yaman,
     Pakai tangan jari kanan;
Barang ini barang makanan,
     Kalau tak makan rasa kempunan.


Lihat selanjutnya...(60)
Peribahasa

Apalagi sawa,
     ia berkehendakkan ayamlah!

Bermaksud :

Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(78)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contervailing dutyduti timbal balasEkonomiTiadaDuti yang dikenakan terhadap barang-barang import yang bertujuan mengimbangi kesan pemberian subsidi terhadap pengeluaran barang-barang tersebut oleh negara pengeksport. Sinonim tarif timbal balas.
export taxcukai eksportEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport.
illicit goodsbarang terlarangKriminologiKeadilan JenayahBarang-barang yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, barang tiruan, barang seludup dan sebagainya.
earthenwarebarang tembikarKesenianHiasan DalamanBarang-barang yang diperbuat daripada tanah liat, seperti periuk atau belanga yang dikeraskan menggunakan api.
purchase taxcukai belianEkonomiTiadaCukai ad valorem yang dikenakan terhadap harga borong barang-barang tertentu yang bukan barang perlu. Cukai belian dibayar oleh pengguna kepada peruncit yang membayar cukai kepada kerajaan. Cukai belian ialah sejenis cukai tak langsung.
final goodsbarang akhirEkonomiTiadaBarang yang dikeluarkan untuk penggunaan unit ekonomi dengan tujuan mendapat utiliti atau kepuasan, bukan untuk tujuan mengeluarkan barang-barang lain. Misalnya, roti dan kereta, yang penggunaannya bertujuan untuk mendapatkan kepuasan. Lihat barang perantaran.
antiqueantikKesenianHiasan DalamanBarang-barang seperti perabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang bernilai tinggi kerana kecantikan, mutu hasil kerja dan usianya yang melebihi 100 tahun. Bilangannya juga sangat sedikit serta sukar dijumpai.
potterytembikarKesenianHiasan DalamanBarang-barang, seperti pinggan dan mangkuk, yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar dalam relau dan bergilap.
economic goodsbarang ekonomiEkonomiTiadaBarang yang ada permintaan, mempunyai harga, berciri penawaran yang terhad, dan melibatkan proses pengeluaran. Misalnya, kereta dan pakaian yang diproses untuk kegunaan awam. Barang-barang seperti udara dan sinaran matahari tidak dikira barang ekonomi.
delivery invoiceinvois penghantaranPelanconganTiadaDokumen yang menyenaraikan barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada pelanggan dan menyatakan jumlah wang yang perlu dibayar oleh pelanggan.
12345678910...

Kembali ke atas